Pemuda "Pakatan Rakyat" Mahu Pilihan Raya Bersih
KUALA LUMPUR, 1 Dis - Pemuda "Pakatan Rakyat" mahu pemilihan calon pilihan raya umum akan datang bersih daripada sindrom 'guna kabel', 'harap simpati', 'peras ugut' dan 'golden handshake' sebagai ganjaran bagi menghargai mereka yang kononnya telah berjasa. Penolong Setiausaha pergerakan itu Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata Pemuda Umno akur dengan calon yang dipilih oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak namun calon-calon itu mestilah bebas daripada sindrom berkenaan. "Pemuda akan akur dengan calon tak kira tua, muda, baru atau lama, yang dipilih oleh Presiden tetapi kita harap tak ada calon yang 'guna kabel', 'harap simpati','peras ugut', serta calon daripada golongan 'golden handshake'," katanya ketika berucap menyokong usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini, hari ini. Beliau berkata Pemuda Umno tidak mahu Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya disebabkan pemilihan calon yang salah dan berharap senarai calon boleh menang dimaklumkan awal supaya "tidak ada yang terluka sehingga berlaku perbuatan sabotaj". Megat Firdouz juga mencadangkan supaya individu yang melakukan sabotaj kerana tidak terpilih sebagai calon, dikenakan tindakan keras. "Pemuda cadang mana-mana pemimpin yang sabo, yang mengamalkan (pendekatan) "Si Kitol", mereka tidak dimasukkan dalam senari calon selama dua penggal dan jika mereka ada jawatan dalam parti, dilucutkan jawatan serta merta. "Kami tak rela Si Kitol jadi pemimpin akar umbi," katanya sambil menjelaskan ... Video Rating: 2 / 5More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment