Masalah dalaman duri kepada parti Saifulizam Mohamad

2 NOV Pada bulan lalu sahaja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dua kali memperingatkan kepada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya menyelesaikan segera masalah dalaman yang dihadapi oleh parti masing-masing.

Pertama ketika mengadakan sidang media selepas menghadiri majlis 'Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri' di Serdang pada twenty-two Oktober lalu.

Kedua ketika berucap merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) Ke-22 di Dewan Sekolah Menengah Yu Yuan, Sandakan, Sabah, kelmarin.

Dalam majlis itu juga Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mahu setiap masalah dalaman diselesaikan secara berhemah supaya persiapan BN menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak terjejas.

Dua mesej yang disampaikan oleh Muhyiddin dalam tempoh lapan hari itu memberikan gambaran jelas mengenai kebimbangan pucuk pimpinan terhadap persediaan Umno dan parti-parti komponen menghadapi PRU13 yang boleh diadakan pada bila-bila.

Walaupun tidak semua parti komponen berhadapan dengan masalah tersebut namun ia tetap memberi kesan kepada prestasi BN secara keseluruhan sekiranya masalah dalaman tidak diselesaikan dengan baik.

Apa yang pasti mesej Muhyiddin itu boleh disifatkan sebagai luahan hati pucuk pimpinan tertinggi. Di hati kecil baik Muhyiddin mahu joke Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah pasti mereka mahu BN terus diterima oleh rakyat, BN sentiasa relevan dalam usaha membela nasib rakyat.

Di saat PRU13 semakin hampir, sudah pasti kedua-dua pemimpin ini berusaha memastikan kepimpinan negara tidak berpindah kepada pembangkang kerana ia boleh diumpamakan menggadai masa depan rakyat. Contoh-contoh yang berlaku di negeri-negeri diperintah oleh pembangkang menceritakan segala-galanya.

Bagaimanapun mereka sedar bahawa masalah dalaman yang disebabkan oleh pelbagai punca antaranya pemimpin tertentu enggan bekerjasama, berebut jawatan dan enggan menjadi pengikut yang baik boleh! mengaki batkan BN ditolak oleh rakyat.

Ini ditambah lagi dengan sikap sesetengah pemimpin yang jelas mempunyai sifat-sifat buruk seperti ego, tamak, terlalu cintakan kuasa dan pengaruh sehingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk memecah belahkan parti asalkan kehendak nafsunya dipenuhi.

Persoalannya sekarang, adakah pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat perhubungan, bahagian mahupun cawangan sedia menerima saranan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu.

Terutama di kalangan mereka yang terang-terangan dikaitkan dengan puncanya berlaku masalah dalaman tersebut. Penulis yakin Perdana Menteri mahu joke Timbalan Perdana Menteri tahu siapa yang dimaksudkan.

Di hadapan kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu mereka akan berkata yes sir atau no problem sir apabila diminta berdamai tetapi di belakang siapa yang tahu. Hanya Allah yang tahu apakah isi hati mereka. Sama ada ikhlas atau tidak, tuan punya tubuh sahaja yang mengetahuinya.

Menurut sumber dalaman parti kebanyakan individu yang sering dikaitkan sebagai punca masalah dalaman itu ialah di kalangan pemimpin sedia ada serta bekas pemimpin sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Mereka terlalu tamakkan kuasa sehingga mengetepikan kepentingan lain. Akhirnya timbul masalah dalaman parti. Perkara itu jelas dan bukannya menjadi satu rahsia lagi. Semua orang tahu termasuk rakyat di peringkat akar umbi.

Pemimpin A tidak mahu berbaik dengan pemimpin B, pemimpin C memburukkan pemimpin D dan tidak cukup dengan itu pengikut masing-masing akan membenci antara satu sama lain, mencari salah lawan mereka supaya senang untuk dihentam.

Inilah senario yang berlaku. Penulis sendiri pernah bercakap dengan salah seorang pengikut setia seorang bekas pemimpin dan lidahnya sentiasa mengkritik 'musuh politik' kepada bosnya itu. Ada sahaja yang tidak kena.

Itu belum lagi dikira persaingan atau lebih tepat lagi permusuhan di kalangan para pemimpin untuk melebarkan pengaruh di kawasan atau negeri masing! -masing sedangkan pemimpin-pemimpin terlibat mempunyai kedudukan sama ada di peringkat pusat mahu joke negeri.

Tidak terkecuali bekas-bekas pemimpin yang tidak boleh menerima hakikat bahawa kepimpinan mereka tidak lagi relevan. Mereka cuba terus menonjolkan diri untuk dipilih semula sebagai pemimpin.

Jika tidak terpilih mulalah bekas pemimpin ini cari jalan untuk memecah belahkan parti. Dengan kata lain "kalau aku tak dapat dengan engkau juga joke tidak dapat". Mereka menanam kebencian di kalangan pengikut.

Apabila berlaku sedemikian sudah pasti rakyat berpecah belah. Perpaduan bukan lagi menjadi keutamaan sebaliknya pengaruh dan kuasa menjadi buruan. Lebih memilukan pemimpin-pemimpin yang terbabit dalam isu tersebut sebahagian besarnya beragama Islam.

Lupakah mereka kedudukan sebagai pemimpin sebagai amanah? Tahukah mereka kedudukan pemimpin sebagai tanggungjawab? Amanah dan tanggungjawab ini akan dipersoalkan sebaik sahaja jasad disemadikan di dalam kubur.

Hendak dikatakan tidak pernah merasa (sebagai pemimpin) mereka telah joke diberikan peluang beberapa penggal untuk menjadi pemimpin dan perkara ini pernah dibangkitkan oleh Perdana Menteri ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan, sixteen Oktober lalu.

Hakikatnya, masalah dalaman jika tidak ditangani dengan bijak ia hanya akan menghancurkan parti. Cuba hayati kisah pelucutan jawatan panglima perang yang juga seorang sahabat besar Rasulullah (SAW) iaitu Khalid Al-Walid.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq beliau dilantik sebagai panglima perang kerajaan Islam tetapi ketika epoch pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, Khalid telah dilucutkan jawatan daripada memegang jawatan itu.

Tempat Panglima Perang kemudiannya digantikan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah. Meskipun dilucutkan jawatan Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.

Beliau sedikit joke tidak berkecil hati malah ! dengan s emangat yang tinggi terus berjuang dan berjihad bersama-sama pasukan tentera Islam diketuai oleh Abu Ubaidah demi menegakkan Islam tercinta.

Ketika Khalid sedang uzur, Saidina Umar datang padanya dan berkata "Khalid Saifullah, aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu, jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukanmu.

"Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat tetapi engkau tidak tahu tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkanmu,

"Jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam, kata sesetengah dari mereka. Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatanmu wahai sahabat," ujar Saidina Umar.

Mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis. Mungkin tulisan ini tidak meninggalkan sebarang bekas, tetapi ingatlah apa jua tindakan kita di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat walaupun sekecil zarah.

Jangan disebabkan ketamakan mengejar kuasa dan pengaruh kita sanggup melakukan apa sahaja hingga menyebabkan BN menjadi lemah sekali gus memberi kekuatan kepada pihak pembangkang.

Bersatulah semula, taatlah kepada pemimpin, jalinkanlah kerjasama, contohilah sifat terpuji sahabat Rasulullah (SAW), Khalid al-Walid demi kelangsungan BN dalam mendepani cabaran mendatang terutama PRU13. Utusan Online

* This is a personal opinion of a writer or publication, as well as does not indispensably paint a views of The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider :: Side Views

Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: