Usaha cemari Islam mesti dihalang Rejal Arbee

27 OKT Seorang pesara pegawai tinggi kerajaan yang ingin memaparkan dirinya sebagai seorang 'moderate' tetapi banyak memperkatakan kedudukan Melayu, Tan Sri Ramon Navaratnam, bersuara lagi dan kali ini mempersoalkan pula perhimpunan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung secara aman di Shah Alam, Sabtu lalu.

Sebelum ini joke sudah ada suara sumbang termasuk daripada gereja sendiri yang khuatir kenapa perlunya perhimpunan itu diadakan kerana kononnya ia boleh mencetuskan kontroversi, bahkan ada pihak yang meragui ia akan mencetuskan kekacauan.

Demikian juga ada orang Islam sendiri yang turut persoalkan perhimpunan itu dan telah joke mengutus surat yang diterbitkan akhbar The Star, Sabtu lalu yang pertikaikan kenapa perhimpunan demikian perlu diadakan walhal tidak ada joke bukti sahih mengatakan ada orang Islam telah dikristiankan.

Inilah masalahnya apabila wujud puak yang amat naif dan tidak mahu terima bahawa bukan semua orang mempunyai perasaan baik sangka. Tidak boleh dinafikan sememangnya wujud orang yang berprasangka buruk dan akan mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan sendiri.

Umum mengetahui Melayu mempunyai naluri amat berakamodatif terhadap orang lain hingga mengundang orang mengeksploitasi hingga ada yang mahu memijak kepala Melayu dan orang Melayu biasanya akan hanya bertindak apabila diprovokasikan dengan ketara seperti dilakukan sesetengah puak Kristian yang tidak mahu menghormati Perlembagaan negara.

Sememangnya apabila dilihat daripada statistik rasmi Jabatan Statistik tidak ada orang Islam telah dicatatkan sebagai sudah keluar agama mereka tetapi tidak ada angka rasmi bukan bermakna ia tidak wujud.

Umum mengetahui tidak ramai orang Islam yang sudah murtad sanggup mengisytiharkan dirinya sebagai bukan Islam lagi atau telah menganut agama lain. Hanya satu dua saja yang berlaku seperti Lina Joy dan ini joke sudah menjadi isu besar. Kalau demikianlah halnya apakah akan ada orang Islam khususnya Melayu yang sudah murtad ma! hu mengi sytiharkan mereka sudah memasuki agama lain?

Jadi sungguh menakjubkan ada orang Melayu sendiri yang berterusan tidak mahu menerima kenyataan wujud usaha licik mengkristiankan orang Islam oleh puak yang tidak mahu menghormati Perlembagaan negara dengan memegang kepada peruntukan kebebasan beragama. Jadi janganlah hendak syok sendiri mengatakan ia tidak harus digembar-gemburkan kerana isu itu terpencil dan tidak membimbangkan.

Memang benar seperti kata Navaratnam bahawa setiap apa yang dilakukan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia perlu difikirkan semasak-masaknya supaya perlakuan itu tidak akan membawa kepada masalah hingga boleh menghakiskan usaha untuk menuju ke arah penyatuan nasional.

Persoalan ini sepatutnya ditujukan kepada anasir gereja yang berterusan mahu mengkristiankan orang Islam bukannya kepada orang Islam yang bertindak balas terhadap provokasi demikian.

Usaha mengkristiankan orang Islam sememangnya suatu perkara yang tidak harus dipandang remeh walaupun ia belum sampai ke tahap membimbangkan. Apakah apabila nasi sudah menjadi bubur, baru kita mahu menanganinya?

Sememangnya usaha untuk mengkristiankan orang Islam berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini yang membawa kepada serbuan oleh pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor yang kemudian dicetuskan sebagai suatu kontroversi hingga perlukan campur tangan Sultan Selangor untuk menjernihkan kembali keadaan.

Umum juga mengetahui sudah ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan melarang sesiapa saja daripada melakukan usaha memurtadkan orang Islam dalam negara ini, tetapi apakah dengan adanya peruntukan itu saja semua orang yang tinggal dalam negara ini menghormatinya?

Kalau masih ada yang berterusan berdegil tidak mahu menghormati peruntukan itu, apakah kita orang Islam harus berdiam diri saja? Orang Islam/Melayu yang diprovokasikan dan apabila ada di kalangan orang Islam/Melayu yang cuba mempertahankan kedudukan mereka dan berusaha menangkis usaha puak tidak ! bertangg ung jawab itu, apakah adil orang Islam/Melayu pula dituduh mahu mencetuskan masalah?

Inilah dia orang seperti Navaratnam. Apakah dia mahu orang Islam/Melayu berdiam diri dan menerima saja ancaman provokasi demikian? Sepatutnya dia perlu persoalkan puak yang mencetuskan kekusutan dengan terang-terangan memperlekehkan Perlembagaan negara.

Mereka ini sepatutnya perlu salahkan pertubuhan seperti Gereja Methodist itu yang walaupun melakukan usaha yang baik untuk menolong orang susah tetapi jangan pula cuba hendak menangguk dengan berusaha mengkristiankan orang Islam yang mahu mendapatkan bantuan mereka.

Memang sudah ada bukti wujudnya usaha gereja Evangelical dalam negara ini ghairah mahu mengkristiankan orang Islam kerana kononnya ia adalah 'calling' mereka. Apakah tindakan demikian bukan suatu provokasi terhadap orang Islam negara ini? Apakah ini yang dinamakan mahu mewujudkan harmoni? Harmoni dalam sesebuah negara majmuk seperti Malaysia harus di pupuk oleh semua bukan hanya orang Islam/Melayu saja.

Maka itu tidak salah bagi orang Islam yang prihatin mahu jabatan agama di semua negeri bertindak lebih tegas dengan berusaha mencari bukti supaya petualang itu boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut enakmen yang sudah joke wujud.

Malangnya ada cakap-cakap bahawa anggota penguat kuasa jabatan agama tidak dilengkapi dengan kebolehan mendapatkan bukti untuk membolehkan dakwaan di buat. Maka itu ada tohmahan bahawa mereka ini hanya boleh melakukan tangkapan khalwat saja. Kalaulah benar tohmahan ini apakah tidak perlu semua pegawai pencegah di setiap jabatan agama negeri dilengkapi dengan pengetahuan membolehkan mereka mendapat dan mengumpul maklumat yang diperlukan untuk mendakwa sesiapa saja yang melanggar peruntukan demikian?

Selain itu pertubuhan Islam juga perlu bersikap lebih proaktif membimbing semua rakyat Islam negara ini mendukung akidah mereka supaya tidak mudah dipengaruhi anasir tidak bertanggung jawab. Berita Harian Online

* This is a personal opinio! n of a w riter or publication, as well as does not necessarily represent a views of The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider :: Side Views

Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: