5 OKT Seorang rakan menyuakan kepada penulis senaskhah lidah rasmi sebuah parti pembangkang dalam keluaran akhir bulan lepas. Hendak dikatakan tidak pernah membaca akhbar tabloid tersebut, tentunya penulis menipu diri sendiri. Sebagai pengamal media, tentunya organ rasmi pembangkang itu juga termasuk dalam bacaan penulis. Cumanya, jarang-jarang dibaca.
Sesekali membaca lidah rasmi pembangkang itu apabila disuakan oleh rakan penulis itu, 'terpana' juga dengan tindak balas akhbar yang kononnya menjadi lidah rasmi sebuah parti Islam ini.
Mana tidaknya, dari awal muka surat hingga ke muka 31, sebahagian besar kandungannya sarat dengan komen-komen pedas terhadap keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Bukannya hendak berterima kasih kepada Perdana Menteri, tapi habis dikutuk dan dihentamnya pemimpin kerajaan itu. Kononnya keputusan Najib itu dipengaruhi oleh tindak balas pembangkang ke atas akta itu sejak sekian lama dan pada masa sama memomokkan bahawa akta yang menggantikan ISA kelak lebih dahsyat dan zalim ke atas kebebasan awam dan politik.
Lebih pelik lagi, komen 'membelasah' Perdana Menteri dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat yang muttaqin.
Masya-Allah. Dan lebih angkuh lagi, dicoretkan angka eleven yang dimomokkan sendiri oleh salah seorang karyawan dalam lidah pembangkang ini bahawa angka tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 yang amat diminati Perdana Menteri sebagai 'simbol sepasang batu nesan iaitu simbol kematian Umno dan Barisan Nasional (BN).'
Tidak ketinggalan juga, dalam organ pembangkang itu dicoretkan pembelaan ke atas seorang pemimpin kanannya yang membela komunis. Belum apa-apa sudah 'angkat bakul sendiri'. Mungkin itulah sebabnya apa sahaja di depan mata yang boleh dijadikan bahan kempen untuk menaikkan parti pembangkang habis disapu oleh pemimpinnya oportunis.
!Demi kian juga dengan hukum hudud. Setelah PAS sendiri meredakan tuntutannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dengan mengalihkan perjuangannya daripada menegakkan sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan, dek demi memastikan lebih ramai orang Melayu tidak meninggalkan parti itu, pemimpinnya bersandiwara lagi.
Rakyat Selangornya pastinya tidak lupa dengan tembelang PAS apabila berdepan dengan dasar kerajaan PKR Selangor yang membenarkan arak dijual di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam. PAS dan PKR langsung tidak mengendah dan mengambil apa-apa tindakan meskipun menerima pelbagai bantahan daripada rakyat yang beragama Islam terutamanya orang Melayu.
Kerana ingin menjaga hati, ditambah pula dengan rasa takut kepada pemimpin-pemimpin DAP, penyokong dan pemimpin dari kedua-dua parti tersebut hanya mampu berdiam diri dan memekakkan telinga. Maka semakin beraja di mata dan bersultan di hatilah DAP apabila melihat PAS dan PKR langsung tak berani membantah.
Di mana suara 'harimau-harimau' PAS dan coretan serta kritikan dalam lidah rasmi pembangkang apabila Majlis Fatwa Pulau Pinang melarang seluruh masjid di Pulau Pinang daripada menyiarkan bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara sebelum subuh.
Hakikatnya banyak lagi isu yang merugikan orang Melayu yang sepatutnya memerlukan campur tangan daripada pemimpin PAS Pusat, tetapi ia didiamkan begitu sahaja. Ketika ini sibuk pula PAS menguar-uarkan diri sebagai 'pejuang' untuk membersihkan daftar pemilih daripada kelibat warga asing.
Minggu lepas, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad sibuk mendakwa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju menggugurkan 52 nama yang disyaki warga asing daripada daftar pemilih di kawasan berkenaan. Dakwa Khalid lagi, ia adalah daripada sejumlah 58 nama yang disenaraikan dalam bantahan PAS Shah Alam kepada suruhanjaya tersebut.
Mengulas kenyataan Khalid itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika! dihubun gi Utusan Malaysia semalam berkata, pada masa ini SPR memang mengeluarkan nama-nama di laman web suruhanjaya itu untuk tujuan semakan.
Ia memang suatu kaedah biasa dalam urusan mana-mana organisasi untuk membuat "upgrading". SPR, katanya, tidak boleh melakukannya secara bersendirian tetapi memerlukan kerjasama daripada semua pihak, sama ada Jabatan Perdaftaran Negara (JPN), Kementerian Pertahanan (pengundi pos dari kalangan polis dan tentera) apatah lagi parti-parti politik yang prihatin.
Beliau menarik perhatian mengenai dakwaan Pemuda PAS Pusat bahawa terdapat 170,818 nama dalam daftar pemilih suku kedua tahun ini yang tidak mempunyai kod negara. Dakwa Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi dewan itu, Suhaizan Kaiat, berdasarkan pada semakan di laman web JPN, pengundi-pengundi itu disenaraikan dengan kod rasmi '71' merujuk kepada warga negara tidak diketahui negara asal kelahirannya, maka dakwa Suhaizan lagi, 'mereka diberi hak mengundi di negara ini'.
Suhaizan seterusnya mendakwa, seramai 42.33 peratus atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina dan 17.33 peratus atau 29,605 pengundi bangsa India manakala rakyat Bangladesh adalah mereka yang pale sedikit sekali.
Menjawab dakwaan Suhaizan itu, Abdul Aziz menjelaskan: "Sebenarnya ia berkait rapat dengan sistem di JPN itu sendiri. Jika rakyat Malaysia itu lahir di luar negara (tidak kira di Singapura, Indonesia atau Amerika Syarikat), nombor tengah dalam kad pengenalannya ditetapkan rujukannya sebagai kod '71'.
Kata Abdul Aziz: "Dalam kes kod '71' ini, ia bukan bermakna pendaftar pemilih itu mesti berasal daripada penduduk tetap (PR). Ini kerana kebanyakan pemegang kod '71' itu adalah asalnya rakyat Malaysia tetapi dilahirkan di luar negara.
Contohnya, Dr. Wan Azizah dan Azmin serta ramai lagi yang angka tengah pada nombor kad pengenalannya adalah '71'. "Kod '71' itu adalah sebagai garis panduan JPN sahaja," kata beliau.
Abdul Aziz meng! akui kad ang kala terdapat dalam pendaftaran JPN itu orang yang sama identitinya yang secara teknikalnya mendaftar sebanyak dua kali. Ia memperlihatkan seolah-olah dia ada dua kad pengenalan tanpa dia sendiri mengetahuinya.
"Dan apabila disemak, JPN mendapati salah satunya tidak aktif," katanya. Dalam aspek ini, beliau menegur tindak-tanduk pemimpin PAS yang suka menghebohkan sesuatu kepada akhbar dan umum untuk memburuk-burukkan SPR.
"PAS bukan bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih, apabila jumpa kelemahan dalam daftar itu, ia lebih kepada tujuan politik dengan mendakwa SPR bermacam-macam seperti lemah dan tidak cekap ... tidak ada tujuan lain PAS ini melainkan motif politik sentiasa," kata Abdul Aziz.
Yang nyata, PAS akan terus oportunis dalam menjayakan misinya untuk menumbangkan BN. Tidak kiralah sama ada ia bertentangan dengan Islam, asalkan matlamat menghalalkan cara. Utusan Online
* This is a personal perspective of a writer or publication. The Malaysian Insider does not validate a view unless specified.
No comments:
Post a Comment