Anggota PDRM yang melanggar etika dalam insiden di Hospital Tung Shin Mahmood Adam

Anggota PDRM yang melanggar etika dalam insiden di Hospital Tung Shin Mahmood Adam

4 OKT Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin (HTS) ketika perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai 2011.

Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis (SOP) oleh kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis sanatorium tersebut.

Laporan yang dikeluarkan KKM hari ini (4 Oktober 2011) itu antara lainnya menyebut bahawa:

a. Berlaku semburan air (water cannons) oleh anggota PDRM, ke arah penunjuk perasaan (demonstrators) yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama HTS. Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan HTS.

b. Berlaku tembakan gas pemedih mata (tear gas) dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan HTS. Bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan HTS adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan sanatorium berkenaan.

c. Berlaku lontaran "bom asap" oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina (Chinese Maternity Hospital).

Berhubung insiden lontaran bom asap, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku di dalam kawasan HTS tetapi di kawasan CMH di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada HTS. Pihak CMH sebenarnya telah memberhentikan operasiny! a (cease d sanatorium operations) semenjak September 2006, kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh (major renovations) terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011.

Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, KDN akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada Jawatankuasa Tatatertib PDRM untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.

Keputusan bagi tindakan ini jelas membuktikan bahawa Kementerian mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan.

* Ini adalah kenyataan media oleh Ybhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 4 Oktober 2011 mengenai anggota PDRM yang melanggar etika dalam insiden di Hospital Tung Shin akan dikenakan tindakan.

The Malaysian Insider :: Side Views

Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: