Himpunan membumikan kasih sayang untuk kepentingan sejagat Aziz Jamaluddin Mhd Tahir

Himpunan membumikan kasih sayang untuk kepentingan sejagat Aziz Jamaluddin Mhd Tahir

21 OKT Perhimpunan Sejuta Umat yang bakal berlangsung pada twenty-two Oktober di Stadium Shah Alam nanti bakal menjadi kekuatan perhubungan antara manusia.

Ini kerana ia diasaskan kepada kehendak untuk melihat setiap orang dapat hidup dalam situasi aman, harmoni dan sejahtera tanpa ada prasangka serta pergeseran berasaskan kepentingan tertentu.

Lebih penting dan diharapkan himpunan ini bukan sekadar laungan atau aphorism "menyelamatkan akidah ummah" tetapi lebih praktikal lagi bagaimana memikirkan cara-cara pengukuhannya nanti.

Ini kerana banyak lagi unsur-unsur lain yang perlu diketengahkan sebagai alat-alat pengukuhan akidah. Maknanya di samping kita menslogankan akidah, tidak patut pula diabaikan ajaran yang penting yang sering diistilahkan sebagai ibadah. Bahkan ibadah atau ilmu itu sendiri memainkan peranan penting bagi pengukuhkan akidah.

Meskipun pada peringkat awal sebuah parti pembangkang telah memberikan pendirian bahawa penyertaannya adalah tertakluk sejauh manakah ada jaminan bahawa perhimpunan itu tidak mempunyai design politik.

Kebarangkalian tetap berlaku kerana prasyarat yang diletakkan oleh parti berkenaan juga boleh dilihat mempunyai niat politik yang berselindung kerana takutkan kredibilitinya tercabar oleh kerana sudah ada penilaian mengenai kegagalannya menangani isu-isu yang berkaitan dengan Islam.

Hendak diikutkan matlamat perjuangannya ia bakal kehilangan dokongan pihak lain manakala membiarkan perhimpunan itu berjalan tanpa penglibatannya, ia akan berhadapan dengan situasi resah dan gelisah.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada salah satu sayapnya kerana awal-awal lagi telah menunjukkan pendirian mereka yang penuh bersemangat dan berwibawa mengambil pendekatan menyokong perhimpunan itu serta berjanji untuk sentiasa bersama dalam meneruskan cita-cita perjuangan Islam bagi mempertahankan akidah di bumi bertuah ini.

M ereka menyedari bahawa himpunan hasil gabungan mencecah 1,000 NGO Muslim yang julung kali dianjurkan ini, bakal menyatukan pelbagai lapisan umat Islam di negara tercinta ini. Bukan untuk memecah belahkan seperti mana yang dilaungkan oleh induknya yang terpaksa menikus apabila berhadapan dengan isu Islam dan sekadar mempergunakan ayat al-Quran dan menampalkan peristiwa sejarah silam untuk memperteguhkan kuasa politiknya sahaja.

Sebenarnya, nilai keislaman itu terletak kepada kesungguhan seseorang untuk menzahirkan niat baiknya, dan bukan hanya menterjemahkan firman Allah SWT tetapi tidak melakukannya. Islam bukanlah suatu agama yang menganjurkan permusuhan, persengketaan, ketegangan dan perpecahan kerana sebagai cara hidup, Islam itu adalah agama yang berasaskan kasih sayang, kemesraan dan hidup berhemah.

Perhimpunan tersebut sebenarnya menjadi petunjuk bahawa lebih ramai rakyat mahukan gelora yang diakibatkan oleh pautan politik akan terurai dan dapat dibenamkan kerana yang lebih diberikan keutamaan ialah kehidupan yang aman dan tenteram, tidak disebabkan oleh perbezaan pegangan agama.

Dalam tragedi banjir besar di China, rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan politik menubuhkan tabung bencana bagi meringankan beban mangsa. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya melupakan sengketa politik demi kemanusiaan dan sifat kasih sayang itu adalah selaras dengan gesaan Islam.

Sebagai agama majoriti penduduk Malaysia, setiap daripada umat Islam sanggup menghulurkan derma sekadar yang termampu manakala yang lain turut mengumpul pakaian, bahan makanan dan ubat-ubatan. Nilai kasih sayang itu adalah sesuatu yang amat menyeluruh dan kerana itu Malaysia terus dilihat sebagai sebuah negara yang amat serius membumikan semangat kasih sayang.

Sewaktu cuba meringankan beban mangsa malapetaka ada sindiran bahawa itu adalah bersifat politik. Maka, keengganan sebuah parti pembangkang itu juga boleh dilihat bersifat politik, kerana bimbangkan bahawa penglibatannya nanti ditafsirkan se! bagai sa tu percubaan mengalah dan meruntuhkan kredibilitinya sendiri.

Pendirian itu sebenarnya sudah memberikan gambaran bahawa kejelasan maksud telah dipolitikkan sehingga menjadi satu pilihan yang juga bersifat politik. Seharusnya parti itu sedar bahawa politik tidak akan selama-lamanya boleh dijadikan senjata untuk menolak dan menepis sebarang bentuk bantuan kemanusiaan.

Prinsip Islam amat jelas, yang gagah membantu yang lemah. Mereka yang senang membantu mereka yang lemah. Mereka yang tersasar dari landasan perlu dikembalikan ke pangkal jalan manakala yang kehilangan arah di pandu agar segera memperoleh peluang menemui jalan pulang. Inilah makna membumikan kasih sayang, kerana naluri itu adalah nilai kesejagatan yang pale luhur dalam kehidupan manusia yang boleh berfikir, menilai dan menentukan arah sesuai dengan fitrahnya.

Kerana itulah ada di antara kita boleh menerima, setiap bencana yang menimpa sebenarnya satu kaedah Allah SWT menguji kekuatan syahadah yang kita lafazkan setiap ketika. Setiap kejadian buruk adalah ujian yang sengaja dilakukan oleh Allah SWT untuk menguji kecairan iman dan kekentalan jiwa kita.

Bahagialah mereka yang menjadikan kasih sayang sebagai teras dan budaya hidup seharian tanpa mengharapkan keuntungan peribadi. Beruntunglah mereka yang boleh membumikan kasih sayang untuk kepentingan manusia sejagat dan bukannya atas kemahuan politik semata-mata. Utusan Malaysia

* Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

* This is a personal opinion of a writer or publication. The Malaysian Insider does not validate a view unless specified.

The Malaysian Insider :: Side Views

Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: