20 OKT Bajet Barisan Nasional 2012 dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober lalu boleh dikatakan berdasarkan pemikiran politik dan ekonomi yang usang tanpa mengambil ibarat daripada Revolusi Melur, iaitu kebangkitan rakyat Arab menentang pemerintahan zalim.
Tahun 2011 akan diingati oleh dunia pada masa depan sebagai satu titik perubahan sejarah yang sepenting tahun-tahun 1968 dan 1989.
Pada tahun 1968, kebangkitan anti-perang Vietnam membawa pemikiran baru terutamanya di kalangan kaum muda. Tahun 1989 pula menyaksikan kejatuhan blok komunis yang tidak disangka sama sekali.
Kesan politik global
Kita di Malaysia memulakan tahun 2011 tanpa menjangka apa yang akan berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Syria dan negara-negara lain di dunia Arab.
Kita juga tidak sangka kebangkitan pengundi di Singapura yang memilih pembangkang, kita buat-buat tidak dengar tentang protes anti-korupsi Anna Hazare di India, kita juga tidak mengendahkan protes dipimpin oleh Camila Villejo di Chile, dan sekarang sedang berlaku protes gerakan Tawan Wall Street.
Ada banyak persamaan di sebalik pergolakan-pergolakan yang disebutkan tadi. Apa yang kita saksikan adalah respon rakyat jelata sedunia terhadap globalisasi sejak kejatuhan blok komunis pada tahun 1989.
Dalam tempoh twenty tahun yang lalu, dunia menyaksikan mobiliti modal atau pelabur-pelabur sedangkan pada masa yang sama, buruh atau tenaga kerja mengalami situasi "race to a bottom" di mana gaji sebenar tidak ditingkatkan.
Kaum pekerja terpaksa akur dengan keadaan ketidaksaksamaan ini kerana kekuatan modal. Tetapi inflasi yang mengancam pendapatan boleh guna atau "disposable income", golongan miskin sedunia telah mendorong kebangkitan di Arab dan merata tempat.
Generasi muda sedunia yang begitu mahir dengan media sosial juga menggunakan saluran alternatif ini yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan-kerajaan diktator yang menyangka mereka boleh mengongkong rakyat melalui k! awalan m edia massa.
Cabaran besar yang dihadapi oleh kerajaan-kerajaan seluruh dunia adalah bagaimana untuk mengimbangkan keadaan ketidakseimbangan kedudukan ekonomi ini, termasuk bagaimana untuk mengatasi masalah inflasi yang kian membebankan golongan berpendapatan rendah. Di Malaysia, masih dengan janji-janji usang
Malangnya, di Malaysia, selain daripada berjanji atau dengan memberikan "lip service", kepada golongan pendapatan isi ruman di bawah RM3 ribu sebulan dengan ganjaran "one-off" RM500, tiada dasar baru untuk mengatasi cabaran Revolusi Melur.
Sebaliknya, cadangan yang diberikan tumpuan adalah Kuala Lumpur International Financial Centre (KLIFC). Insentif-insentif yang diberikan kepada pelabur asing dalam sektor kewangan.
Bukankah sektor kewangan Wall Street dikecam sebagai sumber krisis ekonomi sejak 2007 di mana kesannya masih dirasai?
Pengumuman inisiatif-inisiatif memperangsangkan ekonomi melalui penawaran kontrak-kontrak pembinaan bangunan, jambatan, jalanraya dan MRT juga dasar usang yang hanya membantu kroni-kroni tanpa memanfaatkan rakyat jelata.
Dasar untuk membantu sektor pembinaan seperti meningkatkan "ceiling" peminjaman MyFirstHome dari RM200,000 ke RM400,000 hanya memanfaatkan pemaju perumahan , dan tidak akan memanfaatkan golongan muda yang memerlukan rumah pertama.
Oleh itu, saya menyifatkan Bajet BN sebagai satu belanjawan yang ketinggalan zaman yang tidak mengisi aspirasi rakyat.
Belanjawan Pakatan Rakyat
Sebaliknya, Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat memberikan seluruh tumpuan untuk menjamin agar pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati oleh semua golongan melalui dasar dan kerangka yang menekankan kepada peningkatan pendapatan untuk majoriti rakyat Malaysia, iaitu 60 peratus isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Bidang pertama peluang pekerjaan dan pendapatan
Pakatan Rakyat mencadang supaya
Gaji minima RM1,100 (total compensation) diinstitusikan,
Jumla h pekerja asing tidak terlatih dikurangkan secara berperingkat,Tumpuan untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti secara bersepadu, peningkatan penglibatan kaum wanita dalam tenaga kerja.
Dasar-dasar ini akan meningkatkan gaji, kemahiran dan produktiviti sekaligus dan mencipta satu kitaran yang baik atau "virtuous cycle", dan bukan "vicious cycle" kita alami selama ini.
Bidang kedua pendapatan boleh guna
Penambahbaikan keupayaan pengangkutan awam,
Penyediaan perumahan awam dan
Penjagaan kesihatan yang memuaskan akan meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat golongan pendapatan rendah.
Ketiga monopoli
Monopoli dan oligopoli yang diamalkan di bawah pentadboran BN akan dipecahkan bagi meningkatkan persaingan serta membantu ahli perniagaan Malaysia dengan mengurangkan kos operasi dan perniagaan. Persaingan akan meredakan tekanan inflasi dengan memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat.
i. Memansuhkan monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) untuk mengimport beras. Sebaliknya, lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif, terbuka dan telus
ii. Telekom Malaysia (TM) akan diarahkan merombak indication infrastruktur perkhidmatan internet jalur lebar untuk menggalakkan penyertaan penyedia perkhidmatan internet jalur lebar yang baru; seterusnya mengurangkan kos dan melonjakkan kadar penembusan internet jalur lebar melalui persaingan yang lebih dinamik
iii. Kartel syarikat telekomunikasi akan dihapuskan
iv. Kartel akhbar dan media akan dihapuskan
v. Kartel perkhidmatan penerbangan akan dihapuskan
vi. Monopoli Astro ke atas perkhidmatan televisyen satelit siar terus berbayar akan dihapuskan
vii. Lesen teksi akan diberi terus kepada para pemandu teksi
Pakatan Rakyat yakin dasar-dasar yang menumpukan golongan pendapatan isi rumah ke bawah RM3,000 sebulan yang merangkumi 60 peratus rakyat akan meningkatkan permintaan domestik (dome! stic dem and) yang sekali gus memerangsangkan ekonomi selain menambahbaikkan kebajikan rakyat jelata. Roketkini.com
* Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera
* This is a personal opinion of a bard or publication. The Malaysian Insider does not endorse a perspective unless specified.
No comments:
Post a Comment