PANAS! PAKATAN HARAM NI PEMBELA RAKYAT KE PEMBELA PENJENAYAH?

Tiada negara di dunia ini yang membela penjenayah dan meletakkan penjenayah sekandang dengan pihak berkuasa, melainkan di Malaysia. Bahkan di Amerika Syarikat yang seringkali dirujuk sebagai negara pengamal demokrasi tulen juga, penjenayah tidak pernah disebariskan dengan pasukan polis, walaupun terdapat kes-kes di mana anggota polis bertindak melebihi batasan kuasa sehingga menimbulkan kemarahan kaum.

Namun di Malaysia, penjenayah tidak sahaja dianggap setara dengan polis, bahkan mereka disanjung dan keluarga mereka juga menerima pampasan yang bernilai ratusan ribu ringgit sedangkan ahli-ahli keluarga anggota polis yang dibunuh oleh penjenayah pula, hanya menerima beberapa puluh ribu ringgit daripada Kerajaan Malaysia yang merupakan majikan mereka, ataupun menerusi polisi insuran.

Keluarga pembunuh atau penjenayah yang membunuh atau joke mencederakan anggota-anggota polis, biasanya akan terlepas begitu sahaja walaupun ahli keluarga yang sama juga akan membuat tuntutan di mahkamah apabila polis dituduh menzalimi ahli keluarga mereka.

Hanya pada tahun-tahun kebelakangan ini sahaja, terutama selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, kegiatan memuliakan kaum jenayah dan keluarga mereka dimulakan secara giat. Para penjenayah yang ditangkap dan ditahan, sentiasa menerima pembelaan daripada barisan peguam parti-parti politik tertentu, manakala anggota-anggota polis yang tercedera dan terbunuh ketika menjalankan tugas, biasanya akan dilihat seperti bangkai anjing di tepi jalan yang telah dilenyek kenderaan.

Memang benar, terdapat sebilangan anggota-anggota polis yang tidak menjalankan tugas mereka mengikut kaedah dan SOP yang dibenarkan. Namun apabila penjenayah lebih dimuliakan man! akala an ggota-anggota polis pula dihina dengan sebegitu teruk, ianya seperti mengajak anggota-anggota polis agar melakukan sesuatu yang jauh lebih teruk daripada sekadar menangani masalah penjenayah.

Kes yang melibatkan A.Kugan sebenarnya menggambarkan masa hadapan yang suram kepada rakyat Malaysia. Walaupun sebahagian daripada rakyat Malaysia terutama yang sangat menyokong penjenayah atas alasan hak asasi kononnya, mempunyai alasan mereka yang tersendiri, bahkan begitu yakin segala-galanya dapat diselesaikan menerusi penghormatan kepada para penjenayah dan ahli-ahli keluarga mereka, hakikatnya perbuatan seperti itu tidak akan mengurangkan atau menurunkan kadar jenayah sebaliknya akan mengembangbiakkan lagi jenayah di negara ini.

Baca seterusnya di Perak Today

No comments: