BANGUNLAH WAHAI YANG BERKUASA! MELAYU SEMAKIN DIBANGSATKAN DI BUMI
SENDIRI!

KUALA LUMPUR 2 June - Seorang Ketua Jabatan Drama dan Teater di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya (UM) dilucutkan jawatan hanya kerana menegur gaya penulisan skrip teater karya dua pelajar Cina tahun akhir universiti itu yang disifatkan mempunyai unsur-unsur perkauman.

Menurut sumber, ketua jabatan berkenaan yang sepatutnya melepaskan jawatannya pada June 2014, telah menerima surat daripada pihak pengurusan universiti pada twenty-two Mei lalu.

Berdasarkan surat tersebut, pelucutan jawatan sebagai ketua jabatan itu berkuat kuasa 1 June ini.

"Setiap pelajar yang mengambil kursus ini akan mempunyai seorang penyelia bagi menasihati karya yang mahu dihasilkan. Isu timbul apabila skrip teater pelajar di bawah seorang penyelia didapati mengandungi unsur-unsur perkauman.

"Apabila skrip dihasilkan dibawa ke row penilai yang terdiri daripada lima orang (ketua jabatan tersebut dan empat orang pensyarah), pelajar dinasihati untuk mengolah semula skrip mereka," katanya kepadaUtusan Malaysiadi sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, salah seorang penilai berketurunan India yang juga merupakan penyelia kepada pelajar terbabit berkeras mempertahankan karya yang dihasilkan.

"Alasan yang diberikan penyelia itu ialah seni tidak seharusnya dibatasi oleh sesuatu isu," katanya.

Namun, empat ahli row penilai tetap mencadangkan supaya sebelum teater berkenaan dipertontonkan kepada khalayak, skrip tersebut perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak polis kerana dikhuatiri menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, penilai yang juga penyelia berketurunan India itu telah bertindak bertemu dengan kedua ibu bapa pelajar berkenaan.

"Ibu bapa pelajar tersebut telah datang berjumpa Dekan Pusat Kebudayaan dan disebabkan bimbang perkara itu dihebahkan, dekan berkenaan telah mengeluarkan surat penamatan jawatan kepada ketua jabatan itu.

"Tinda kan diambil tanpa ada sebarang usul periksa dan perbincangan terlebih dahulu dengan ketua jabatan (seorang Melayu) berkenaan," jelasnya.

Difahamkan teater tersebut menyentuh soal institusi raja-raja selain menyindir dengan mengumpamakan orang Melayu 'bodoh.'

Dalam masa sama, teater dimaksudkan tetap dipertontonkan kepada khalayak tanpa melakukan sebarang pengolahan pada eighteen dan nineteen Mei lalu.


Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: