Ogos tahun lepas, Rafizi Ramli pucat lesi ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk berhadapan dengan pertuduhan BAFIA.
10 September 2012, Rafizi Ramli menerusi peguamnya, Sivarasa membuat rayuan agar pertuduhan tersebut diketepikan kerana beranggapan, pertuduhan tersebut melanggar peraturan negara, selain berniat jahat untuk mengenakan Rafizi Ramli.
23 Nov 2012, permohonan untuk mengenepikan tuduhan, ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Rafizi Ramli yang cukup hebat apabila bercakap tetapi pucat lesi apabila dibawa masuk ke mahkamah, meneruskan proses untuk mengenepikan tuduhan tersebut di Mahkamah Rayuan.
23 Mei 2013, rayuan Rafizi Ramli yang difailkan oleh Sivarasa Rasiah di Mahkamah Rayuan telah ditolak kerana rayuannya tidak mempunyai merit. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata, dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai merit.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah, hujah Sivarasa Rasiah untuk membebaskan Rafizi Ramli adalah HUJAH BUDAK BODOH yang diselindungkan dengan alasan-alasan perundangan agar kelihatan lebih bijak.
Hakim kemudiannya mengeluarkan arahan agar perbicaraan kes itu dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam. Kes itu sepatutnya disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.
Ketika pendengaran rayuan pada twenty-three Mei, Sivarasa Rasiah yang mewakili Rafizi berkata, tuduhan terhadap Rafizi patut diketepikan atas alasan ia bercanggah dengan dasar awam. Katanya lagi, dakwaan terhadap Rafizi atas tuduhan melanggar BAFIA adalah BERSIFAT MENINDAS DAN MENYALAHGUNAKAN PROSES MAHKAMAH manakala pendakwa raya pula mempunyai niat jahat apabila mendakwanya.
Biarpun 10 June telah be! rlalu da n arahan hakim agar kes tersebut dipercepatkan, nampaknya kehebatan Peguam Negara dalam kes melibatkan Khir Toyo, tidak berulang. 10 June sudah bertukar menjadi 10 Julai dan sehingga ke hari ini, sebarang cerita tentang Rafizi Ramli dan kes BAFIAnya kelihatan seolah-olah akan lenyap dengan RAFIZI TIDAK DIDAPATI BERSALAH!!!
Adakah Peguam Negara yang juga merupakan Pendakwaraya dalam kes ini, TERKEJUT DAN TERSENTAK dengan tuduhan mempunyai niat jahat apabila mendakwa Rafizi Ramli sebagaimana yang dituduh oleh Sivarasa Rasiah, sehingga kes tidak berjalan sebagaimana sepatutnya? Apakah taktik ugut dan serang yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Peguam Negara pada tahun 2008, akan kembali berhasil cuma kali ini hanya melibatkan anak bilisnya yang bernama Rafizi Ramli?
House PK: Apa cerita ni AG? Awat kes BAFIA Rafizi aka Rapussy ni senyap begitu je? Dimana keadilan? Cuba kalau por kerajaan atau rakyat biasa yang lakukan kesalahan ini? AKu gerenti la dah masuk ke dalam punya...makin sial kan AG ni?
Oh ya artikel ini aku petik dari Kickers
No comments:
Post a Comment