Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan thirteen parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN.
Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik, katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas.
Baca seterusya di Perak Today
No comments:
Post a Comment