WAYANG ATAU BENAR! LIM KIT SIANG NAIK BERANG DENGAN ANWAR SI GANG SPENDER PUTIH!???

Sinchew Daily News, 9 April melaporkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berang dengan sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar yang telah membuat u spin terhadap pelan perjanjian asal di mana semua tokoh penting pembangkang bersetuju untuk bertanding di luar kawasan parlimen masing-masing untuk mencapai misi menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Mengikut serangan menyeluruh Pakatan Rakyat terhadap polisi BN, Lim Kit Siang beralih bertanding di Gelang Patah selatan Semenanjung, di mana Anwar Ibrahim akan tinggalkan sarangnya di Permatang Pauh ke negeri Perak untuk beradu kekuatan dengan calon UMNO di negeri Perak.

Semangat pejuang yang tampilkan diri seperti ini, boleh membawa semangat dan boleh mempengaruhi emosi pengundi untuk menyokong Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya, tetapi sikap salah satu daripada komponen Pakatan Rakyat Pas seperti menunggu habuan itu, seperti tidak ambil bahagian dalam perjuangan itu, dan seperti tidak yakin untuk laungkannya, hanya pentingkan untuk perkukuhkan diri sendiri.

Anwar Ibrahim dengan lantang mahu bertanding di negeri Perak hanya selang dua hari sahaja, tiba-tiba pada 5 April semasa dalam ucapan ceramah politik beliau di Pulau Pinang beliau begitu merendah diri, beliau akur dengan sokongan pengundi beliau di Permatang Pauh dan membuat keputusan bertanding di Permatang Pauh, dan buat keputusan tidak keluar bertanding di tempat lain.

Sikap sudah mengalah sebelum bertanding, menyebabkan Lim Kit Siang pada jam 12.00 tengah malam tersebut semasa memberi ucapan dalam ceramah politik di Batu Pahat rasa sedih. Beliau berteriak di hadapan pengunjung biarlah kalah, biarlah mati! dalam keadaan dan saat itu, Lim Kit Siang terasa pilu dan tidak terkata, adakah setelah Anwar I! brahim m embelakangi beliau, masing-masing ada penjelasan yang tersendiri, lapor Lim Fang dalam akhbar berbahasa Cina bertajuk Kit Siang kena main?.

Read more...

No comments: