Selain daripada menerima dana asing negeri Selangor dan Pulau Pinang juga diminta menyediakan dana yang mengcukupi untuk bekalan DAP, PKR dan PAS bagi menghadapi PRU ke 13. Ini kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai hasil yang lebih berbanding Kedah dan Kelantan.
Di Selangor selain hasil daripada kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut yang hasilnya diuruskan oleh Ronnie Liu, lombong pasir turut menjadi penyumbang utama kepada dana pilihan raya mereka. Tidak ketinggalan juga kaedah round tripping penyelesaian hutang Talam yang dilakukan Khalid Ibrahim. Kemudian hasil berkenaan diletak nama Geran Selangorku untuk mengaburi mata rakyat.
Dana Geran Selangorku yang berjumlah RM 300 juta dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar dan tidak melalui Pegawai Kewangan Negeri. Segala keputusan ditentukan oleh Khalid Ibrahim seorang diri. Di sini pun sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran berkenaan. Tidak lain tidak bukan ianya untuk dana politik mereka.
Untuk menghalalkan kegiatan mereka rakyat dikelirukan dengan kerja-kerja penurapan jalan atau kerja-kerja kecil lain di setiap Dun untuk menunjukkan mereka benar-benar menggunakan dana berkenaan untuk rakyat. Namun ada perkara yang rakyat tidak tahu apa yang berlaku di sebalik geran berkenaan, dan wangnya digunakan untuk apa.
Hari ini kami di sel13.com akan mendedahkan salah satu kaedah yang mereka gunakan bagaimana wang berkenaan boleh menjadi dana politik mereka.
Baca seterusnya di Sel13.com
No comments:
Post a Comment