GEMPAR BERAPI! ANWAR DAN AZMIN SUDAH MULA BERCAKARAN UNTUK PEMILIHAN
CALON!

Berapa kali korang pernah tengok Anwar hentak meja sebab tak setuju dengan Azmin? Setakat yang budak-budak HQ ingat, di sepanjang tempoh pencalonan ini sahaja, 3 kali Anwar hentak meja sebab tidak berpuas hati dengan hujah Azmin.

Terbaru, malam kelmarin, apabila Anwar terpaksa buat u-turn di Nilai kerana ada kekecohan di Shah Alam. Walaupun sms awal Azmin kepada Anwar mengatakan semuanya OK, rupa-rupanya Azmin sudah menipu.

Banyak masalah calon yang belum selesai di kalangan Pakatan Rakyat. Antara punca yang dikenalpasti adalah sikap adjudicator seperti Azmin yang sombong, dan tidak mahu mendengar hujah orang lain.

Antara kawasan yang menjadi pertikaian:-

PERLIS

N2 BESERI

Bekas calon PKR DUN Berseri Dzulkefli Mat De telah dijanjikan oleh PKR untuk menjadi calon, walau bagaimana pun beliau berang kerana beliau tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU 13 oleh PKR Manakala premisnya yang dijadikan bilik mesyuarat oleh PAS & PKR tidak dibayar sewa oleh mereka.

N9 KUALA PERLIS

Dr Suraya Sudin akan melakukan sabotaj termasuk bertanding atas tiket bebas sekiranya tidak dicalonkan di DUN Kuala Perlis. Beliau juga akan mengganggu semua mesyuarat yang diadakan oleh PKR yang berkaitan dengan calon.

KEDAH

P5 JERLUN

Dato Ir Phahrolrazi Zawawi bersama jenteranya telah menggerakkan kempen anti Azizan Razak dibeberapa Majlis Tindakan DUN dan UPU.

AJK PAS kawasan Jerlun meminta supaya Abd Ghani Ahmad tidak dicalonkan.

Sewaktu ditanya oleh Hadi samada PKR terlibat dalam menggerakkan usaha Anti Azizan Razak, Anwar memberikan jawapan TIDAK. Soalnya, Azmin sendiri beberapa kali membantu jentera anti-Azizan. Anwar hentak meja.

P8 POKOK SENA

Isu sama. Anti Azizan Razak (dan Azmin dikatakan membantu dari sudut kewangan).

N10 BUKIT PINANG

Pergaduhan sesama jentera Pas. Anwar tidak mahu masuk campur.

P9 ALOR STAR

Kempen Anti Azizan Razak juga wujud. Masalah dalaman Pas (tetapi mempunyai sentuh! an Azmin Ali serba sedikit).

P10 KUALA KEDAH

PR ada peluang menang tetapi masalah dalaman akan jadi kacau.

Esok, blog ini akan keluarkan baki tempat bermasalah. Kelmarin, Azmin sudah diminta buat pengakuan bahawa dia tidak akan masuk campur langsung dalam isu penentuan calon dalam parti lain.

Pas tidak gemar dengan sikap Azmin yang memanggil beberapa tokoh Pas, kononnya untuk membantu tetapi lebih memburukkan keadaan.

Perbincangan malam kelmarin jadi kacau bilau.

Sumber: Gelagat Anwar


No comments: