AUW! EUUWWW! PENAMAAN CALON DAN HARI MENGUNDI YANG TERLAMPAU!

Tunggu punya tunggu akhirnya keluar sudah tarikh nak PRU, menggelupor la pakatan dibuatnya! Kah kah kah, berikut adalah petikan dari Perak Today.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengumumkan 20 April ini sebagai tarikh penamaan calon manakala tarikh pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ditetapkan pada 5 Mei depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tarikh mengundi awal bagi anggota tentera, polis dan petugas pilihan raya ditetapkan pada 30 April.

Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama fifteen hari diperuntukkan berbanding tempoh pilihan raya umum 2008 ialah hanya thirteen hari.

Beliau berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.

Untuk PRU-13, SPR akan menggunakan 8,789 pusat mengundi dan 26,219 saluran mengundi di seluruh negara.

Bagi hari pengundian awal, 544 pusat pengundi digunakan dengan 882 saluran mengundi disediakan SPR.

Pada hari pengundian iaitu 5 Mei, SPR akan membuka 8,245 pusat mengundi manakala saluran mengundi di seluruh negara pula berjumlah 25,337.

Sejumlah RM4 juta dibelanjakan SPR untuk melaksanakan PRU-13 dan lebih 234,000 petugas dilantik bagi melancarkan proses pilihan raya kali ini.

Pengundi boleh membuat semakan berkaitan maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi menerusi laman web rasmi www.spr.gov.my atau mengunjungi laman portal wwwpru-13.gov.my.
So banyak masa tu kan? Kita tungu dan lihat apa lagi puak pakatan harami nak buat!

No comments: