HIKAYAT BERCILI TARUK! APABILA SI ANDARTU MENIPU SI IKAN SEPAT KERING!

Boleh dikatakan Khalid Ibrahim kini sedang meniti hari-hari terakhirnya sebagai menteri besar Selangor. Jika Khalid menang sekali joke peluang untuk beliau menjadi MB amat-amat tipis. Nasib Khalid hanya bergantung kepada Wan Azizah.

Pergaduhan antara kem Khalid dan kem Azmin tidak dapat dinafikan lagi. Dari sudut parti Azmin mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Khalid kerana beliau pengerusi PKR Selangor. Khalid tiada hak untuk menentukan senarai-senarai calon dan kerusi-kerusi yang ditandingi calon-calon PKR. Semua kuasa terletak di tangan Azmin.

Di peringkat PKR pusat pula pergaduhan antara Azmin dengan Wan Azizah juga tidak boleh dinafikan. Kini dikhabarkan pergaduhan berkenaan menjadi semakin meruncing menjelang PRU kerana faktor calon.

Wan Azizah banyak menggunakan kuasa mutlak beliau sebagai presiden untuk memotong nama-nama calon yang dikenal pasti orang-orang Azmin. Di Selangor pula Azmin tidak menyenaraikan orang-orang yang dikenal pasti sebagai orang Khalid dan orang Wan Azizah sebagai calon.

Antara nama yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah nama setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin. Azmin dikatakan tidak menyenaraikan nama Faekah sebagai calon. Manakala Faekah yang sedang angau untuk bertanding mengunakan kelebihan hubungan rapat beliau dengan presiden untuk mempengaruhi Wan Azizah agar beliau dicalonkan.

Apa yang mengejutkan apabila Faekah meminta untuk bertanding di dua kerusi. Satu kerusi parlimen di Kuala Langat dan satu kerusi DUN di Pelabuhan Kelang. Lebih mengejutkan lagi apabila Wan Azizah bersetuju dengan permintaan Faekah. Ini yang menyebabkan Azmin dan orang-orangnya semakin berang dengan Faekah dan Wan Azizah.

Faekah kini telah bersiap sedia untuk be! rtanding dua kerusi dan mula bercakap besar dengan mengatakan kuasa menandatangani watikah adalah kuasa presiden dan bukannya kuasa Azmin.

Bagi kami di Sel13.Com kami hanya menunggu masa nama Faekah dinobatkan sebagai calon. Segala bahan-bahan untuk kami dedahkan tentang penyelewengan yang dilakukan Faekah sepanjang menjawat jawatan setiausaha politik MB Selangor telah berada di tangan kami. Sebelum ini kami pernah mendedahkan bagaimana Faekah menyalah guna kedudukannya untuk mempengaruhi GLC Selangor memberi perniagaan kepada syarikat milik ahli keluarganya. Di sini.

Sumber; Sel13.com

No comments: