HEBAT! PERAK MEMBANGUN PESAT DIBAWAH PENTADBIRAN DR ZAMBRY!

Ini aku nak cerita sikit la pasal MB Perak Dr Zambry ni, sejak 4 tahun Perak dibawah pentadbiran beliau, memang boleh nampak la Perak semakin maju. Memang berbeza dengan MB sebelum ini. Kalau korang pi Ipoh joke dah nampak lain, dah moden tak macam dulu pekan Cina yang mundur!

Kalau korang pergi kawasan Meru sekarang sudah ada Terminal Amanjaya, Mydin dan bermacam-macam lagi. Aku sendiri joke macam tak boleh nak percaya begitu cepat kawasan Meru membangun!

Memang tak boleh nak dinafikan lagi kehebatan Dr Zambry, terbaru Hotel Casuarina akan dibuka kat Meru, jom baca cerita dari Perak Today...

Perbadanan Kemajuan Ekonomi negeri Perak melalui anak syarikatnya Perak Corporation Berhad (PCB) mengambil inisiatif membangunkan semula Hotel Casuarina, sekaligus merancakkan aktiviti lagi pembangunan di kawasan Bandar Meru Raya, dekat Jelapang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, proses pembinaan road house bernilai RM80 juta itu kini mencapai 75 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya sekitar bulan June nanti.

Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan begitu baik dan kita harap ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak projek road house berkenaan sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata, pembangunan road house itu bakal menyediakan sebuah pusat konvensyen dengan kapasiti memuatkan hingga 2,000 tetamu pada satu-satu masa.

Selain itu, terdapat juga tambahan lapan bilik khas mesyuarat dan perniagaan yang mampu memuatkan 200 hingga 300 delegasi berserta kemudahan canggih disediakan pihak road house bagi tujuan seminar atau persidangan.

Tambah beliau, pembang! unan pro jek itu merupakan sebahagian pelan pembangunan dirancang kerajaan negeri.

Tegasnya lagi, hasil pembangunan mampu dilihat berdasarkan persetujuan dan kerjasama daripada beberapa agensi dalam bidang komersial mahupun pentadbiran.

Seterusnya di Perak Today..

No comments: