WEI PAS KEMON! MANA PERGINYA DUIT TABUNG MEMALI? CIKGU NON TANYA TU, JAWAB LA

Sampai ke hari ini, baik Hadi mahupun Nicky Ajis tak bersuara langsung pasal amanat Hadi sesat tu, semalam Cikgu Non buat pendedahan lagi, mari kita saksikan apa yang Cikgu Non mintak dari pimpinan PAS ni:

Saya terpanggil mendedahkan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit kerana ingin membela nasib dan hak balu dan anak yatim yang hidup dalam serba kesempitan sedangkan pihak yang menguruskan tabung ini hidup serba mewah di atas kesengsaraan mereka,.

Demikian tegas Zainon Ismail atau dikenali juga sebagai CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali yang diwujudkan oleh PAS Pusat sejak 1986 sebelum ia ditutup secara rasmi pada 2002.

Lebih memeranjatkan Tabung Memali itu tidak pernah diaudit dari tahun ia diwujudkan, sekaligus menimbulkan persoalan ke manakah wang kutipan derma itu disalurkan?

Bagi merungkai persoalan itu, Zainon yang juga merupakan penulis buku Air Mata Di Bumi Memali, mendedahkan beliau telah membuat laporan polis terhadap penipuan ke atas fourteen waris mangsa yang terkorban dalam peristiwa Memali yang berlaku pada nineteen November 1985.

Kerajaan Malaysia katanya, telah membayar pampasan ganti rugi am dan khas sebanyak RM300,000 kepada fourteen waris mangsa terkorban yang mana setiap mereka menerima RM20,000 seorang.




No comments: