Saudara Pengarang,
NAMPAKNYA Polis Sabah 'sibuk' dengan kes Pencerobohan 'Tentera Sultan Sulu' sehingga lupa untuk menyiasat kes jenayah yang berlaku di Lahad Datu; kononnya sudah ke tahap 'ZERO' sejak kedatangan tetamu tidak diundang di Kampung Tanduo, Tungku.
Saya tidak tahu di mana silapnya laporan saya terhadap seorang PATI, Sufriandy Suparlan @ Asdar yang dibuat di Balai Polis Kunak/000255/13 belum diambil sebarang tindakan. Isi kandungannya seperti berikut;
"Pada lebih kurang jam 4.02 petang (8/02/2013) saya telah membaca artikel di portal Sabahkini.net bertajuk 'Mafia CPO Mewah Atas Kecuaian Polis?' Oleh itu saya bagi pihak AMK (Angkatan Muda Keadilan) Negeri Sabah datang ke Balai Polis untuk membuat laporan polis terhadap Supriandy Suparlan @ Asdar Bin Tabari serta menggesa pihak polis dan RCI membuat siasatan ke atas beliau yang disyaki memiliki dokumen meragukan. AMK juga meminta agar SPRM menyiasat pegawai polis atau individu-individu yang tersebut namanya di dalam artikel tersebut kerana jelas bertentangan dengan undang-undang dan perkara ini juga akan menimbulkan spekulasi yang negatif terhadap pihak berkuasa; serta boleh mewujudkan suasana kurang selamat kepada masyarakat sekeliling sekiranya jenayah boleh dilakikan tanpa sebarang tindakan pencegahan dan di dalam laporan polis ini juga AMK menyertakan lampiran artikel untuk rujukan pihak berkaitan kelak. Sekian laporan saya."
Persoalan saya, ketika RCI sedang bersidang, Polis Lahad Datu yang mungkin gaji mereka dibayar oleh Mafia CPO ini tidak langsung mempedulikan laporan yang saya buat; malah Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan MyKad yang dipegang Sufriandy adalah BENAR sekalipun Asdar adalah PATI.
Mungkin OCPD Lahad Datu, Supt Shamsuddin Mat, Inspektor Shahrulzaman, Inspektor Ronny dan Inspektor Mutalib tidak tahu menjalankan siasatan bagaimana PATI Bulumkumba ini boleh mendapat MyKad bertaraf Warganegara sedangkan di dalam Sijil Lahir atas nama yang sama mencatatkan penama berbangsa Jawa dan BUKAN Warganegara.
Tidak mungkin mereka sukar mencari saksi kerana polis tahu di mana bapa saudara Asdar yang sebelum ini pernah membuat laporan polis tinggal; malah ibu bapa sebenar Asdar masih memegang pas kerja ladang.
Dengan lulusnya Akta DNA di Parlimen dan sudah boleh digunakan di Sabah, tidak mungkin sukar bagi polis menjalankan siasatan dan mendakwa Asdar kerana telah memalsukan keterangan diri dan memiliki dokumen milik orang lain; termasuk melakukan jenayah ROGOL tujuh tahun lalu.
Walaupun banyak maklumat berhubung jalinan kerjasama polis dengan Mafia CPO ini, tetapi saya tidak percaya jika Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib boleh terpedaya dan ikut serta melindungi Asdar, sebagaimana yang didakwa Mafia CPO ini?
Salam Hormat,
CITRA MASADI
Ketua Penerangan AMK PKR Sabah.
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment