CILI KASI TARUK! XENOPHON GAY HARUS LIHAT MASALAH DALAM NEGARA SENDIRI KATA RAKYAT AUSTRALIA!

Usaha Senator Bebas, Nick Xenophon memasuki negara ini atas alasan kononnya dijemput berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim rupa-rupanya turut mendapat kecaman hebat daripada rakyat Australia sendiri.

Xenophon ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang pada Sabtu lepas setelah didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara dan tindakan itu mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/63 oleh Jabatan Imigresen.

Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan tindakan Xenophon itu kerana ia dianggap mencampuri urusan negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka sejak 1957 lagi.

Berikut petikan laporan yang telah diterjemahkan:

Laporan The Australian, 19 Februari 2013, twelve pagi:-

Nick Xenophon dilantik dan dibayar gaji oleh rakyat Australia untuk mewakili kepentingan mereka di Parlimen, bukannya untuk mencampuri urusan dan hal ehwal dalaman negara lain. Daripada mencampuri politik Malaysia, adalah lebih baik jika beliau fokus terhadap isu dalam negara seperti kerajaan pimpinan Gilliard yang tidak berhati-hati dalam menangani masalah ekonomi, hubungan industri, pertahanan dan kebajikan warga emas.

Satu tindakan yang tepat untuk Malaysia menghantarnya pulang.

- John George, Cherrybrook, NSW

Nilai dan standard yang pelik: golongan atasan berasa tidak senang apabila ahli politik Nick Xenophon dihlalang masuk ke Malaysia tetapi pada masa sama, golongan yang diketuai oleh bekas Menteri Imigresen, Chris Bowen merasakan tidak salah untuk menyekat selama beberapa bulan sebelum meluluskan visa ahli politik Belanda, Geert Wilders, yang mana proses itu biasanya mengambil masa tiga atau empat hari bagi rakyat Belanda.

Pada masa sama, jurucakap k! epada ca wangan kumpulan Islam British dikenali Hizb ut-Tahrir, Taji Mustafa yang mengecam pembunuhan askar Australia di Aghanistan dan meminta tindakan ketenteraan dikenakan terhadap Israel juga tidak diluluskan permohonan visanya.

- Jim Ball, Narrabeen, NSW

Saya berasa terkejut mengetahui kita menghantar ahli politik untuk campurtangan dalam politik negara lain di rantau ini dan begitu memahami mengapa Nick Xenophon telah dihalang dari masuk ke Malaysia.

Sebelum ini, Kevin Rudd menganggu China, rundingan ternakan Indonesia yang gagal, isu pelarian dari Malaysia dan Timur Leste yang memalukan dan terbaru, tindakan yang dilakukan olen Nick Xenophon.

Malaysia berkembang pesat pada kadar 5 peratus dan kadar pengangguran ialah 3 peratus, jadi wakil rakyat mereka patut ke sini dan memaklumkan kepada kita bagaimana untuk menguruskan negara ini.

- John Mather, Mosman, NSW

Laporan anda menjelaskan nilai Nick Xenophon (18/2). Sebagai bekas kakitangan kerajan yang bergantung kepada pencen seperti mana yang dijanjikan oleh kedua-dua parti utama untuk diperbetulkan tetapi akhirnya ia tidak berlaku. Saya tidak dapat melupakan sifat hipokrit Xenophon yang menyokong permintaan dan kehendak kakitangan awam apabila beliau bertanding dan kemudiannya menggunakan undinya dalam Senat untuk menghalang masalah berkaitan pencen kakitangan awam diselesaikan.

Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat mengenali ahli politik yang suka mencetuskan kekecohan apabila mereka berjumpa dengannya.

- J. J. Goold, Mudgeeraba, Qld

Satu ingatan kepada Nick Xenophon: Malaysia sudah menjadi negara merdeka sejak 1957. Jika anda perlu bertanggungjawab dalam memperjuangkan hak orang putih, ada banyak isu di negara ini yang boleh diselesaikan daripada hasil kepakaran anda itu.

- Lawrence Gribben, Carseldine, Qld

Baca seterusnya di Perak Today

House PK: Aku tak faham la, kenapa Pakatan syok sangat dengan si gay ni atau ! pakatan ni dah jadi pejuang GAY antarabangsa?

No comments: