Syabas! SYABAS akan disaman!


Tindakan mahkamah dan saman sivil akan diambil terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) jika syarikat tersebut gagal menyelesaikan masalah air di Selangor, kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin (duduk, tiga dari kanan).
"Jika perlu, saman sivil atau tindakan mahkamah akan diambil. SYABAS juga perlu memikirkan pampasan kepada penduduk terlibat kerana ramai dari mereka yang berpendapatan rendah.
"Ada yang terpaksa hantar baju ke dobi dan makan di luar," kata Ahli Parlimen Ampang itu.
"Menurut SYABAS, pada 4 Januari, masalah bekalan air terputus akan selesai dalam masa lima hari. Tapi sampai sekarang tak selesai lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Kata Zuraida, satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Rozali Ismail dan penyerahan chit ke ibu pejabatnya akan dilakukan di Jalan Pantai Baru 10 Januari ini.
Menurut beliau, selepas tinjauannya ke rumah pam Wangsa Maju pada 3 Januari, pihak SYABAS melaporkan empat dari lima rumah pam pulih.
"Tetapi pihak perhubungan awam SYABAS pula melaporkan hanya dua pam yang pulih. Masalah ini telah masuk minggu kedua.
Isu ini menjadi isu nasional dan beritanya merebak ke luar negara," tegas Ketua Wanita KEADILAN itu.
Beliau menuntut SYABAS membuat rondaan ke kawasan terlibat tanpa henti bagi memastikan tangki statik sentiasa mempunyai air sementara menunggu rumah pam beroperasi pada tahap biasa.
"Bukan hanya menunggu aduan semata-mata. Saya terima banyak laporan talian aduan, tapi SYABAS tak menjawab dengan penjelasan munasabah," katanya.
! Zuraid a juga mendesak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyiasat bekalan air terputus memandangkan masalah ini tidak sewajarnya berlaku di sebuah negara yang kononnya menuju negara maju.
"Adalah mustahil untuk diterima akal, semua sistem pam gagal serentak dan tak ada mekanisme serta sistem sokongan sewajarnya yang dapat mengelakkan kejadian bekalan air terputus," tegasnya.
Dakwa SYABAS, pihaknya tidak mampu lagi menampung permintaan tinggi 210 juta liter sehari sedangkan kapasiti rumah pam yang terjejas seminggu lalu di Wangsa Maju cuma membekalkan 140 juta liter sehari.
Namun ini tidak boleh disalahkan terhadap kerajaan Selangor semata-mata kerana Syabas sudah mengesan masalah ini sejak lima tahun lalu terutama keupayaan rumah pam seliaan mereka menampung permintaan yang semakin meningkat setiap tahun.
Projek Langat 2 yang kununnya akan menyelesaikan masalah air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya hanyalah umpan untuk terus membolot projek untuk pemimpin Umno kerana perkara asas seperti isu air tidak berhasil (NRW) dan paip usang melebihi thirty tahun masih belum diselesaikan.
Jika perkara ini terus berlarutan, tidak mustahil Kerajaan Selangor akan campur tangan termasuk menyaman SYABAS kerana gagal mematuhi perjanjian yang ditandatangani semasa BN berkuasa dahulu.
Zuraida hari ini turun membantu melihat kerja-kerja memasukkan air ke dalam tangki statik di kawasan parlimennya setelah desakan demi desakan dilakukan terhadap SYABAS sejak empat hari lalu.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: