KUANTAN, 25 Jan:Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat dakwaan terdapatnya seorang warga asing yang kini dikatakan bekerja secara tetap dan berpencen dengan anak syarikatnya di Yayasan Pahang.
Maklumat ini sudah pasti amat mengejutkan kerana ia jelas sekali telah mencabuli hak rakyat Malaysia terutamanya peluang pekerjaan untuk anak-anak Pahang. Jika benar dakwaan ini, maka ia adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak wajar berlaku. Kenapakah warga asing dibenarkan bekerja dengan sebuah anak syarikat kerajaan negeri?. Jika jawatan berkenaan hanyalah buruh kasar atau sebagainya, mungkin ia tidak menjadi isu.
Namun difahamkan pegawai terbabit diberikan jawatan sebagai pegawai kanan. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan anak-anak Pahang yang senantiasa menanti peluang untuk menjawat sebarang jawatan di agensi terbabit sebenarnya. Mana mungkin warga asing boleh diterima bekerja dengan sebuah anak syarikat kerajaan negeri?. Sedangkan ramai lagi anak-anak Pahang yang masih memerlukan pekerjaan terutamanya dalam bidang terbabit.
Berita ini sudah tersebar meluas cuma ramai dikalangan kakitangan Yayasan Pahang sendiri tidak berani untuk mendedahkannya. Pihak terbabit tidak sepatutnya mengambil bukan warganegara sebagai kakitangan awam di negara ini kerana sudah tentu ramai lagi anak-anak pahang yang berkelayakkan untuk menjawat jawatan itu.
Dipercayai warga asing terbabit kini menjawat jawatan penting di agensi itu dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat Pahang sebenarnya. Difahamkan juga, beliau pada asalnya hanyalah pensyarah kontrak di anak syari! kat Yaya san Pahang sendiri iaitu Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) yang sekarang dikenali sebagai IKIP International College.
Persoalannya, bagaimana beliau boleh diserapkan ke jawatan tetap?. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang telah khianat kepada peraturan dan perundangan hingga tergamak menawarkan jawatan itu kepada beliau?.
Sebelum ini kami telah beberapa kali mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Yayasan Pahang dan beberapa buah anak syarikatnya. Namun, isu warga asing ini dikira sesuatu yang cukup besar dan jelas sekali bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan untuk mengutamakan rakyat tempatan (warganegara) dalam mengisi peluang pekerjaan.
Apa yang dipersoalkan juga, apabila mereka menawarkan peluang pekerjaan selama ini maka tertera pada borang jawatan kosong terbabit kenyataan berikut " Yayasan Pahang dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Pahang bagi memenuhi misi, visi dan transformasi Yayasan Pahang". Manakala Syarat Lantikan Wajib pula ialah "Warganegara Malaysia; dan Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan". Justeru, jelas sekali pengambilan warga asing bekerja di agensi terbabit telah melanggar peraturan ini sebenarnya.
[Apa sudah jadi dengan anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang ini agaknya?. Mereka ternyata melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Siasatan lanjut perlu dijalankan segera jika tidak sudah pasti berita panas ini akan memalukan kerajaan sendiri sebenarnya. Di ketika rakyat mempertikaikan pemberian IC kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihanraya umum akan datang, tiba-tib! a ada wa rga asing yang bekerja dengan kerajaan negeri. Ini sesuatu yang amat musykil sama sekali. Yayasan Pahang begitu tegas dalam soal pemberian biasiswa kepada anak-anak Pahang, hingga menafikan hak mana-mana pelajar yang ibubapa mereka bukan anak pahang (IC 06) walau joke ada yang sudah bermastautin puluhan tahun di negeri ini. Kononnya mengikut prosedur, namun bila mengambil warga asing bekerja tetap di agensi terbabit mereka langgar prosedur. Jika tindakan tegas tidak diambil terhadap pegawai terbabit, perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan terhadap pegawai yang khianat itu. Laporan panas seterusnya menyusul].
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment