Musa Aman Digugurkan Kerana Gagal Tapisan SPRM?

Pemuda Sabah tanya siapa KM yang digugurkan?

KOTA KINABALU:Teka teki siapakah Ketua Menteri dan Menteri Besar yang tersangkut di tapisanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi semakin panas dengan pelbagai andaian yang dibuat.

Bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, mereka mengalu-alukan proses tapisan yang dilakukan oleh SPRM melalui Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat suruhanjaya berkenaan.

Ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan hari ini turut tertanya-tanya mengenai b! eberapa nama-nama besar yang dijangka tidak dicalonkan semula akibat masalah kegagalan dalam ujian tapisan SPRM.

"Siapa calon Ketua Menteri yang seorang itu.? Di Malaysia ini, ada empat Ketua Menteri... di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

"Sudah tentu bukan dari Pulau Pinang, sebab Ketua Menterinya Lim Guan Eng dari Pakatan Rakyat. Tinggal lagi tiga buah negeri," soalnya.

Menurutnya, kes rasuah bernilai RM40 juta yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah dilaporkan kepada pihak SPRM oleh beberapa pertubuhan termasuklah Jingga 13 pada awal tahun ini.

"Kita minta agar pihak SPRM menyegerakan siasatan terhadap isu ini daripada terus berlarutan hingga ke tarikh pilihanraya. Rakyat sudah semestinya mahu tahu perkembangan isu ini," ujarnya.

Dalam laporan sebuah media berdasarkan sumber SPRM ada menyebut, beberapa individu termasuk menteri besar dan ketua menteri serta beberapa pemimpin tertinggi sebuah parti yang dijangka tidak dicalonkan bagi mengelakkan implikasi terhadap parti te! rbabit.< /span>

-harakahdaily.net Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: