Mohamad Hasan lawan Mohd Taufik hangatkan politik Negeri Sembilan


Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS itu dikatakan sedia untuk bersemuka satu lawan satu dalam PRU 13.
Sorotan 2012 (bahagian kedua)
PETALING JAYA: Politik Negeri Sembilan `digegarkan' dengan kemungkinan berlaku pertembungan antara Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani dalam pilihan raya umum akan datang.
Inilah perkembangan politik yang hangat diperkatakan di negeri itu pada bulan June lalu.
Berikut ialah laporan-laporan mengenai perkembangan-perkembangan menarik yang berlaku pada empat bulan tahun 2011 iaitu Mei, Jun, Julai dan Ogos.
Mei 2012
Seramai 125 peneroka dari Felda Raja Alias, Negeri Sembilan dan Felda Gugusan Bera, Pahang memfailkan sebuah injuksi di Mahkamah Tinggi Seremban bagi menghalang CIMB dan AmIslamic Bank daripada memproses permohonan pinjaman mereka untuk membiayai pembelian saham dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH).
Kisah seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ketagih minum susu dengan botol susu bayi. Farah Sauffiah Rahmat dari Seremban menghabiskan fifteen botol sehari dan tiada selera makan turut disiarkan.
Pakatan Rakyat Melaka optimis bahawa mereka mampu membentuk kerajaan negeri selepas PRU-1, bagaimanapun analisa FMT membayangkan cita-cita tersebut agar sukar dikecapi mengambil kira direction dan geo-politik pengundi berdasarkan pecahan kaum di negeri itu.
Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, P Gunasekaran menggelar mereka yang mengadakan bantahan di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersi! h 3.0, D atuk S Ambiga dengan menjual burger dan melakukan senaman punggung sebagai 'pondan' atau bacul.
Jun 2012
Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan menjadi tumpuan pada bulan June apabila sumber dalaman Umno memberitahu FMT bahawa Mohamad yang juga merupakan Adun Rantau bersedia melakukan 'checkmate' ke atas Mohd Taufek yang juga merupakan Adun Paroi.
Mohamad dikatakan akan bertanding kerusi Paroi pada PRU-13.
Strategi ini dikatakan untuk memenangi semula satu-satunya kerusi yang BN kalah di Parlimen Rembau pada PRU12. Mohamad merupakan ketua bahagian Umno Rembau. Jika pertandingan ini menjadi kenyataan ia bakal menjadi pertarungan hidup mati antara Mohamad dan Mohd Taufek. Mohd Taufek dalam kenyataan maklum balas berkata beliau tidak gentar jika benar Mohamad mahu mencabarnya di Paroi.
Sebuah NGO yang lazimnya mengkritik BN, memberikan sokongan yang tidak diduga apabila menyatakan sokongan kepada MIC. Setiausaha Agung, Persatuan Progresif Pelajar Tamil Malaysia, A Kalaimughilan menyatakan sokongan kepada MIC yang mencadangkan agar dua jawatan exco kerajaan negeri diperuntukkan kepada calon MIC/India jika BN berjaya mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang selepas PRU-13.
Kalaimughilan juga mengecam Gerakan yang mengaku parti berbilang kaum tetapi liat untuk menyenaraikan calon India dan Melayu dalam kempen PRU.
Seramai fifteen peneroka dari Felcra Lakai 1, Jelebu, Negeri Sembilan kalah dalam kes tuntutan di Mahkamah Tinggi Seremban. Dua belas daripada mereka mendakwa jualan hasil kayu getah milik mereka oleh Felcra; harganya tidak seting! gi dari yang sepatutnya.
Sementara tiga lagi peneroka menuntut kerugian pendapatan selepas keluar daripada Felcra dan mengusahakan kebun secara persendirian.
Adun PKR Port Dickson, M Ravi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan jika beliau tidak boleh mengawal Ahli Parlimen Umno di bawah beliau.
Ravi merujuk kepada kenyataan Ahli Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mencadangkan Ambiga digantung kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan Bersih 3.0.
Ravi juga berkata jika Ambiga digantung kerana menganjurkan dan menyertai Perhimpunan Bersih 3.0; beliau sendiri berserta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A Samad Said serta 250, 000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan juga harus digantung.
Julai 2012
Lebih 50 peneroka Felda Lui Timur dari Jempol mengadakan bantahan aman di jalan masuk ke penempatan Felda itu mendesak kerajaan Negeri Sembilan memasang segera lampu jalan dan menaik taraf sistem perparitan.
Dalam usaha menawan Negeri Sembilan dengan lebih mudah pada PRU-13, Mohd Taufek melontarkan cadangan 'nakal' kepada Najib agar menurunkan Ketua Wanita Umno, Datuk Sharizat Abdul Jalil bertanding di Negeri Sembilan pada PRU-13 sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru.
Mohd Taufek berkata pemilihan Sharizat untuk bertanding di Negeri Sembilan mampu menyelesaikan 'pening kepala' Najib untuk mencari calon Menteri Besar yang baru memandangkan Umno Negeri Sembilan mempunyai lebih dari dua puak.
Mohd Taufek mencadangkan Sharizat ditur! unkan di kerusi DUN Gemas memandangkan projek ternakan lembu kontroversi NFC juga terletak di kawasan itu.
Penantian selama 35 tahun peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco) mendapat sinar baru apabila Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan mereka akan menerima empat ekar tanah perladangan setiap seorang.
Bagaimanapun ada sebahagian besar peneroka tidak mahu menerima tawaran kerajaan negeri itu dan sebaliknya tetap menuntut lapan ekar tanah perladangan setiap seorang.
PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap MCA negeri kerana mendakwa parti itu memberi gambaran negatif terhadap agama Islam dan PAS.
PAS negeri juga menerima suntikan semangat yang baru apabila empat bekas pemimpin setempat dan bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai parti itu sempena ini Himpunan Hijau peringkat Negeri Sembilan.
FMT meramalkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal bertanding kerusi DUN di Selangor dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Pakatan Rakyat berkaya pertahankan kerajaan negeri pada PRU-13.
Langkah ini untuk mengelakkan pertembungan politik dalaman di antara Menteri Besar sekarang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Adun Temiang, Ng Chin Tsai mendedahkan Umno Negeri Sembilan gagal bayar cukai tanah ke atas Wisma Umno Negeri Sembilan selama lima tahun kepada Pejabat Tanah Negeri Sembilan.
FMT menanggap hari malang untuk sukan negara apabila Malaysia hanya bersedia dan membuat penambaikan kemudahan sukan dan melahirkan atlit dalam acara tertentu dalam bentuk ad-hoc sekiranya ada temasya sukan besar bakal berlangsung.
Kebiasaan orang ramai beratur dari pagi hingga lewat malam untuk mendapatkan bekalan air dari mata air di kaki Gunung Angsi di Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah turut menjadi tarikan FMT untuk memberi liputan.
Orang ramai yang menadah air dari mata air ini mendakwa air tersebut mempunyai pelbagai khasia! t berkai tan kesihatan.
Ogos 2012
Adun Senawang, P Gunasekaran (DAP) memohon kepada FMT agar mengutarakan masalah pencemaran bunyi dan bau yang dikeluarkan oleh sebuah kilang di Taman Sri Mawar, Senawang selepas mendapat aduan penduduk.
Selepas laporan ini disiarkan di dalam FMT, pihak pengurusan kilang tersebut segera menghubungi Gunasekaran untuk mengadakan dialog dengan beliau, peniaga dan penduduk setempat.
Seminggu selepas itu syarikat tersebut Platinum Green Chemicals Sdn Bhd dalam dialog dengan Gunasekaran, peniaga dan penduduk Taman Sri Mawar mengumumkan beberapa langkah segera sedang diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
FMT juga berlaku adil dan memberikan ruang yang secukupnya kepada syarikat Platinum Green Chemicals Sdn Bhd untuk menjelaskan bentuk langkah yang diambil dan peranan syarikat tersebut dalam projek Corporate Social Responsibility (CSR) membabitkan penduduk Taman Sri Mawar.
FMT menganggap ini satu kejayaan dalam usaha membantu rakyat yang bermasalah.
Timbalan Yang DiPertua PAS Rembau, Rozmal Malakan menegur mengenai penganjuranForum Pengkisahan Sejarah Kekejaman Komunis pada 3 Sep ini oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).
Rozmal, berkata kenapa forum tersebut hanya berkisar mengenai kekejaman komunis sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan.
Menteri Besar menafikan tuduhan liar pihak tertentu bahawa kerajaan negeri berada dalam keadaan bankrap sebaliknya mempunyai simpanan wang secukupnya untuk membayar gaji kakitangan kerajaan Negeri Sembilan.
Kordinator PKR Labu, Mokhtar Ahmad menye! lar piha k berkuasa tempatan yang gagal membaiki sebuah jambatan yang runtuh sejak empat bulan yang menghubungkan Kampung Batu 8 dan Kampung Padang Bola.
Berikutan masalah bau busuk dan pencemaran udara di sekitar Chembong, penduduk setempat menggesa pihak berkuasa agar menutup Tapak Pelupusan Sampah Chembong sebelum tahun 2014.
Bulan Ramadhan tahun ini juga menarik perhatian FMT apabila pergaduhan diantara peniaga gerai dan pekerja kontraktor hampir tercetus di Tapak Bazar Ramadhan di Taman Sri Mawar.
Insiden ini gara-gara pihak kontraktor tidak memberikan notis kepada peniaga dan mencabut khemah gerai perniagaan tersebut. Bagaimanapun tindakan dan campurtangan segera Adun Senawang, P Gunasekaran berjaya meredakan keadaan.
Peniaga mengadu mereka hilang punca mata pencarian.
Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez (DAP) membawa berita baik kepada rakyat Negeri Sembilan yang sering menggunakan Lebuhraya PLUS Seremban Kuala Lumpur.
Merujuk kepada jawapan bertulis yang diterima oleh John di Parlimen, kadar tol perjalanan Seremban ke Kuala Lumpur akan dikurangkan 60 sen apabila Plaza Tol Seremban yang baru siap di bina di Jalan Labu. Kadar Tol untuk jarak perjalanan yang sama ketika ini ialah RM7.20 sehala.
Menteri Besar menjelaskan bahawa masalah lalat di daerah Port Dickson disebabkan oleh sikap segelintir pengusaha ladang ternakan ayam yang masih menggunakan sistem ternakan lama iaitu kaedah reban terbuka.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.! com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: