Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadiperlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.
Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita.
Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember.
Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui standing amanat itu yang mengkafirkan Umno daripada sudut akidah.
Presiden PAS itu hari ini berkata beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.-malaysian insider
Kalau nak kasi...kasilah. Buat siaran terus menerus tak perlu buat rakaman dan siarkan kenyataan yang telah diedit kemundian...
Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'...
No comments:
Post a Comment