Inilah 1st Lady kita!


Semalam tak dapat ngadap FB. Ada kursus di Ipoh. Balik dah malam,penat terus tidur. Pagi ni ke pasar dulu kemudian baru boleh on lappy sekejap. Terus mata aku menangkap sosok tubuh ni di wall FB yang ditag oleh sorang kawan. Betul la! Gambar Raja Permaisuri Agong kita tuuuu.
Hati kecik ni dah lama sangat berharap. Dah lama sangat berdoa. Moga-moga Baginda Tuanku akan mengikut jejak mantan Permaisuri kita sebelum ni, Tuanku Nur Zahirah. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Ni baru cantik. Baru menepati sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Raja payung negara.Raja ketua agama. Islam agama rasmi persekutuan. Jadi tersangatlah moleknya bila mana seorang Permaisuri Agong @ 1st lady dalam negara kita ni berimej muslimah macam tu. Aku rasa mesti ramai yang sangat suka melihatnya. Sangat bersyukur dengan perubahan yang telah diambilnya sempena Maal Hijrah 1434.
Kita tahu,perintah bertudung yakni "menutup aurat" telah lama disebut,diseru-seru dalam Al Quran. Kalau ada yang berkata, "Nantilahbelum sampai seru lagiesok-esok aku pakai laa," itu tak betul.Mana betulnya kan? Dah lebih 1,400 tahun Al Quran diutus kepada Baginda Rasul. Di dalamnya termaktub segala undang-undang dan tata cara bagaimana mahu mengendali dunia mengikut kehendak Tuhan bukan mengikut kehendak hawa nafsu manusia!
Meh kita hayati perintah Allah dalam ayatnya Surah Al Ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perk! ara-perk ara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalahWAJIBsebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Perempuan yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Seterusnya dalam surah yang sama ayat 59 bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Mana-mana perempuan yang masih belum mau menutup aurat, ayuhlah segera melakukannya. Permaisuri kita dah joke berhijrah kepada satu jalan kebaikan yang sangat dituntut dalam agama. Perbetulkan nawaitu dulu. Menutup aurat bukan kerana mengikut-ngikut, bukan kerana trend zaman ni orang bertudung,kita joke nak bertudung tapi semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah.
Ada bezanyabertudung dan menutup aurat.Kalau setakat nak tutup kepala, dengan baldi joke boleh! Itu kata UAI aka Ustaz Azhar Idrus. Jika tidak memahami maksud sebenar , tu yang kita nampak betapa ramainya perempuan yang bertudung tapi telanjang! Kepala ditutup tapi lengan, dada, punggung malah kadang-kadang betis! joke bo leh dipertontonkan kepada laki-laki ajnabi.
Ada banyak ceramah @ kuliah UAI yang menyentuh bab aurat. Meh layan yang ini.

Dan sebelum terlupa,sama-samalah kita doakan jugak supaya2nd Lady kita, Hajah Rosmah Mansorpun akan mengikut jejak langkah Permaisuri Agong yang kita kasihi ini. Sayang rasanya kan, penat-penat pergi ke Mekah,balik ke tanah air macam tu jugak. Penat-penat pegi melontar Jumrah tapi balik tetap melawan perintah Allah! Wallahua'lam!
- media perak
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: