APA?? Ketua Pemuda "Pakatan Rakyat" hutang berjuta RM tak bayar?



Menurut Chegu Bard beliau memperolehi dokumen yang membuktikan bahawa Ketua Pemuda "Pakatan Rakyat" merangkap Ahli Parlimen Rembau yang juga menantu Pak Lah telah tidak membayar hutangnya..

Hutang yang bernilai jutaan Ringgit itu diperolehi dari Bank Pertanian dan ianya masih tertunggak hingga ke hari ini..

Betulkah Khairy? sila jawab ya..

Sebenarnya untuk pengetahuan semua bukan Ketua Pemuda "Pakatan Rakyat" ini saja yang liat untuk membayar hutang malah ramai lagi Pemimpin! "Pakatan Rakyat" yang bersikap demikian.

Info dari seorang sahabat mengatakan ramai lagi.. mereka tidak takut untuk tidak membayar hutang kerana biasanya mereka membawa surat dari sokongan dari pimpinan tertinggi "Pakatan Rakyat" untuk mendapatkan pinjaman.

Hanya surat sokongan, jadi tiada cagaran diperlukan.. oleh itu tak bayar joke tak ada hal sebab pihak Bank tak boleh nak buat apa pun..

Dulu ada sebuah Bank dah lingkup pasal perkara macam ni..

Ini adalah kenyataan dari Chegu Bard..

MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT BERDASARKAN REKOD YANG MASIH TERTUNGGAK

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad.

Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod interpreta! tion yan g diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah?

Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?

Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini. Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga.

Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang.

Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?

Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ?

Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.


che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

- ASD
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: