Terus terang dikatakan, Tun Dr Mahathir Mohammad walaupun telah menjadi mantan Perdana Menteri Malaysia, tetap mempunyai karisma dan pengaruhnya yang tersendiri. Bapa Permodenan itu seringkali mengeluarkan buah fikirannya tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam Malaysia. Pendapatnya pula tidaklah selalu memihak kepada satu pihak sahaja, kerana beliau sangat berterus terang di dalam menyampaikan ideanya.
Kadang-kala ucapannya digunakan oleh pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan. Terutamanya semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kritikan Tun Mahathir sentiasa tepat dan berisi, ini disambut baik oleh kedua-dua belah pihak kerana teguran yang diberikan ikhlas dari hati beliau sendiri. Namun begitu setelah Datuk Seri Najib memegang tampuk pemerintahan negara, Tun Dr Mahathir jarang mengeluarkan apa-apa kenyataan mengkritik kerajaan, cumanya beliau sering melemparkan kritikan keras kepada pihak pembangkang pula.
Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohammad menyerang dasar kolaborasi di dalam Pakatan Pembangkang. Dengan menyatakan pakatan di antara pembangkang tidak berunsur perpaduan beliau juga menyelar penyatuan parti-parti pembangkang tanpa apa-apa perjanjian formal. Menurut beliau ini akan mendatangkan masalah sekiranya pakatan pembangkang diberikan kuasa untuk memerintah Malaysia.
Pandangan Tun Dr Mahathir Mohammad dalam isu ini sememangnya benar, ini kerana belum joke memerintah Malaysia pakatan tersebut sering bertelingkah di dalam isu-isu asas. Sehingga kini konsensus untuk siapa yang akan menerajui Malaysia sekiranya mereka menang masih lagi di dalam proses perbincangan.
PAS sibuk dengan sistem perundangan Islam acuan mereka, PKR pula masih lagi berpaksikan Anwar Ibrahim dan DAP tetap mahu orang Cina menjadi P! erdana M enteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, satu pertelingkahan besar akan berlaku sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Namun sehingga kini belum lagi ada usaha pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikan mimpi haram mereka sebagai suatu kenyataan yang positif.
Bukan sahaja isu siapa yang bakal memimpin, isu berapa kerusi untuk diisi joke sudah menjadi pergaduhan besar. Sehingga kini, mereka masih lagi berkira-kira untuk memenangkan parti mereka sendiri dan bukannya pakatan yang mereka anggotai.
Apakah Malaysia akan terjerumus kedalam lembah kekecohan agama dan kaum sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti? Itulah persoalan utama yang akan terus menjadi tanda tanya di minda para pengundi di Malaysia. Sekiranya perkara ini berlaku, sanggupkah rakyat Malaysia yang selama ini sudah dimanjakan dengan pelbagai kemudahan, berani untuk hidup di dalam keadaan darurat? Sanggupkah risiko diambil oleh rakyat Malaysia, hanya kerana mereka ingin menikmati janji-janji palsu yang telah ditabur berkoyan-koyan oleh agen-agen Pakatan Rakyat?
Walauapapun yang terjadi, kebenaran tetap kebenaran dan kebatilan tetap kebatilan. Sebagai seorang manusia yang berfikiran waras kita seharusnya dapat menilai secara terbuka yang manakah lebih baik untuk diri kita. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berpaksikan keterbukaan pemikiran dan konsep wassatiyyah (kesederhanaan). Secara ringkas, satu perkara tidak boleh lebih dari yang lain, ini kerana kesefahaman yang telah lama dibina ini boleh menjadi sebegitu rapuh sekiranya ideologi-ideologi yang salah meresapi akarnya.
Kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sepatutnya dijadikan pedoman oleh setiap rakyat Malaysia yang mahukan keamanan dan kesejahteraan negaranya. Ia bukan bermotifkan politik, tetapi lebih kepada penghayatan realiti yang sering dilepas pandang oleh kita semua.
Sumber: Mykmu
No comments:
Post a Comment