PANAS BERAPI! SUKARNYA AZMIN ALI MENJATUHKAN FAEKAH! KENAPA?

Apabila Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR mengesahkan bahawa PKR tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Faekah Hussin, SETPOL Khalid Ibrahim yang telah mengkritik Azmin Ali yang sebelum itu menyatakan bahawa Khalid Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor, banyak persoalan mulai timbul, khususnya tentang keberadaan Azmin Ali dalam PKR itu sendiri.

Bayangkanlah bagaimana Faekah Hussin telah diserang dengan begitu hebat oleh Pengarah Pilihanraya PKR Selangor, Borhan Aman Shah telah menyatakan bahawa Faekah perlu disingkirkan dari PKR serta-merta kerana membuat kenyataan mengkritik Azmin Ali secara terbuka, manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin juga turut mengambil bahagian menyerang Faekah Hussin yang telah menyifatkan Azmin Ali sebagai seorang ahli politik yang tidak bijak.

Akhirnya, setelah pelbagai serangan dibuat, Faekah Hussin akhirnya bebas dan tiada sebarang tindakan disiplin terhadapnya.

Dan ramai yang tahu bagaimana Azmin Ali tersangat berang apabila Faekah Hussin terlepas dan bebas buat kesekian kalinya.

Azmin-Faekah-Khalid menunjukkan pertembungan dua kuasa besar dalam PKR. Khalid-Faekah diketahui mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, manakala Azmin pula mendapat sokongan daripada Anwar Ibrahim.

Azmin Ali sudah lama mahukan PKR memecat Faekah Hussin. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim enggan mengambil tindakan penuh berisiko itu. Ini bukanlah disebabkan Anwar Ibrahim mempunyai hubungan cinta atau skandal terlarang dengan Faekah Hussin. Bahkan antara Azmin dan Faekah, Anwar seringkali mengambil prinsip menyebelahi Azmin pada sepanjang masa.

Ini adalah kerana, penyingkiran Faekah Hussin akan menyebabkan seluruh org! anisasi PKR akan tumbang dan hancur, apatah lagi sekarang ini pun, PKR sudah mulai berpecah-pecah dan berpuak-puak.

Sebelum ini, konco-konco Azmin telah cuba melakukan pembunuhan karektor terhadap Faekah Hussin. Untuk menjatuhkan dan melupuskan Khalid Ibrahim, perkara terbesar yang perlu dilakukan oleh konco-konco Azmin Ali ialah menjadikan Khalid Ibrahim sebagai kera sumbang. Caranya ialah, menghapuskan Faekah Hussin yang bersekutu dengan Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Read more...

No comments: