PANAS BERAPI! PAS TUMBANG SEJAK BERKAWAN DENGAN SYAITAN! MESTI BACA

Agak menggelikan hati apabila Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz, menyifatkan hubungan PAS dan DAP adalah sangat baik dan saling faham memahami antara satu sama lain dalam gabungan songsang kedua parti itu.

Malah kata beliau di laman Facebook semalam, UMNO sudah lama tumbang dan PAS pula sedang mengukuhkan laluan!

Entahlah laluan apa yang dimaksudkan oleh anak lelaki Nik Aziz itu, mungkin juga laluan PAS ke Putrajaya, mungkin?

Bagaimanapun, kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS itu jelas bertentangan dengan apa yang berlaku di Kedah di mana Dewan Ulama PAS Negeri itu menyelar DAP yang disifatkan sebagai tidak menghormati PAS.

Katanya, PAS selalu berusaha untuk menjaga hati DAP dalam apa jua hal sekali pun, namun parti chauvinis ultra kiasu itu sebaliknya dikatakan sering melukakan dan tidak peduli untuk menjaga hati PAS!

Kenyataan dari Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Zainol Asri Ramli, turut membidas DAP yang menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk pelaksanaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Dalam hal papan iklan tersebut, DAP menegaskan bahawa mereka menentang sebarang perlaksanaan undang-undang MBAS yang menetapkan penggunaan indication berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam manakala indication bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Persoalannya, dari insiden yang berlaku di Kedah tersebut, apakah ia menandakan bahawa hubungan PAS dan DAP itu benar-benar ikhlas, satu hati, sejiwa dan mempunyai dasar yang disepakati bersama?

Nampaknya tidak sama sekali jawapannya!

Read more...

No comments: