ISU BAS MEWAH! MANA LU MAU LARI GAGAP?
Nampaknya Wanita UMNO semakin lantang dan kini mereka meminta Khalid yang terlampau dan gagap dan kuat menipu untuk beri penjelasan tentang bas mewah yang dimiliki gagap ni dalam tempoh 7 hari! Meh kita baca kat bawah ni
Desakan demi desakan ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkaitan kontroversi pembelian atau penyewaan Bas Mewah yang digunapakai PKR, malangnya sehingga kini isu itu gagal dijawab oleh kerajaan negeri dengan jelas.
Keliru dengan spekulasi itu, Pergerakan Wanita Umno Malaysia tampil untuk membuat satu lagi desakan ke atas Khalid serta kerajaan Selangor dalam merungkai kemusykilan dalam isu itu.
Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman dalam satu sidang media menggesa kepimpinan tertinggi negeri merungkai segala persoalan sama ada berlakunya penyelewengan dalam pembelian atau penyewaan bas itu atau sebaliknya.
Kita ingin bertanya kepada Khalid, adakah bas tersebut sebenarnya dibeli dan harganya diserap ke dalam harga lori sampah yang dibeli kerajaan Selangor?
Atau, adakah bas itu dibeli dengan harga murah sebagai balasan kerana kerajaan Selangor telah membeli 50 section lori sampah dari pengeluar yang sama?
Atau, adakah bas itu sebenarnya dimiliki secara percuma sebagai balasan kerana kerajaan Selangor telah membeli lori sampah yang ketinggalan zaman untuk syarikat penjual menghabiskan stok?
Jadi yang mana satu, kita minta Khalid jawab dan selesaikan persoalan ini, katanya.
Menurut Hamidah lagi, memandangkan kontroversi itu semakin hari menjadi semakin panas serta mendapat perhatian umum, maka sebagai pemimpin Khalid seharusnya menjawab persoalan tersebut dengan secepat yang mungkin.
Katanya lagi, kontroversi berkaitan pembelian bas itu sebelum ini berjaya dibongkarkan media sosial atau blog, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada pihak PKR.
Beliau menambah, susulan berlakunya kekeliruan, pihak Wanita Umno merasakan terlalu banyak kejadian kebetulan! yang be rlaku sehingga menimbulkan perasaan syak wasangka.
Justeru beliau mewakili pergerakan tersebut memberi tempoh 7 hari kepada Khalid untuk menjawab segala spekulasi yang timbul bagi mengelak lebih ramai rakyat yang keliru.
Perkara ini memang telah lama ditimbulkan dan mungkin ada yang kata ia dah basi malangnya sehingga kini ia seolah-olah tiada penyelesaian melainkan Khalid membuat kenyataan balas bagi menjawab segala pembongkaran yang telah berlaku, katanya lagi.
Terdahulu, kerajaan Selangor membuat pengumuman untuk membeli 50 section lori kompaktor yang berharga RM14.5 juta yang dipesan dari negara China secara pemasangan komponen terurai (CKD) dan dipasang di sebuah kilang di Rawang Selangor Intercoach Sdn Bhd. Lori kompaktor yang dibeli berjenama Dong Feng.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama bas dua tingkat PKR yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 31 Ogos yang lepas juga dipasang dan diubahsuai di kilang yang sama.
Bas tersebut juga dari jenama Dong Feng , pengeluar yang sama dengan lori kompaktor yang dibeli Kerajaan Selangor.
Susulan daripada pembelian lori serta penggunaan bas mewah terbabit difahamkan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa lori kompaktor dengan bas dan trak PKR dimana bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.
Manakala kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan 50 lori kompaktor di kilang dalam negara.
Di sini telah wujud unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dalam pada itu, menurut sumber bas tersebut bukannya disewa oleh Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya.
Didapati bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut.
No Pendaftaran : BLU 8779
No Enjin : M61HA800001
Pembuat : Dong Feng
Tarikh Daftar : 03 September 2012
Kegunaan : Persendirian
Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim
Sumber: Perak Today
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment