MAMPOS LU NGEH! SUDAH ADA 30 LAPORAN POLIS PASAL LU HINA ISLAM!

Lagi laporan polis dibuat terhadap Pengerusi DAP negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya di laman sosial yang mempersoalkan usaha dan tindakan umat Islam menentang filem Innocence of Muslims yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Bertempat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat Medan Gopeng, hampir 30 laporan polis dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan terhadap Adun Sitiawan itu, diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Sungai Rapat, Alang Abdul Rahman Ahmad Nazri.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Beruas itu kerana mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensiviti umat Islam di negara ini.

Kita ingin nasihatkan beliau supaya jangan buat bising kerana kita tidak penah menyentuh agama lain.

Harus diingat, bangsa asing juga seharusnya menghormati agama Islam, katanya lagi.

Read more....

No comments: