BAJET 2013 MANTAP! APA PANDANGAN ANDA?

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyambut baik pengumuman Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan menyifatkannya sebagai bajet yang mantap kerana menggabungkan dasar fiskal yang kemas bagi memelihara perbelanjaan negara.

Menurut beliau, selain pengurangan defisit, pengumuman bajet 2013 itu juga memperlihatkan dasar sosio-ekonomi yang mantap dalam menyelesaikan perkara berkaitan dengan golongan berpendapatan sederhana ataupun yang dipanggil sebagai Middle Income Trap.

Jika selama ini kita lihat penekanan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah, kini kerajaan turut memasukkan golongan berpendapatan sederhana dalam penyediaan Bajet 2013, jelas beliau.

Katanya, pengumunan bajet yang mensasarkan golongan berpendapatan sederhana itu menjawab segala persoalan yang timbul apabila berlaku kenaikan harga barang yang memberi impak kepada golongan terbabit.

Ia jawapan baik kepada golongan berpendapatan sederhana kerana mereka tidak mendapat apa-apa kebaikan ataupun sebarang pengumunan daripada kerajaan sebelum ini, tambahnya.

Walaubagaimanapun, bantuan kepada golongan berpendapatan rendah tetap diberikan oleh kerajaan melalui dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Dasar kepada pesawah dan nelayan tetap diteruskan dan jumlah yang sama diperuntukkan dengan melibatkan ratusan juta ringgit, tambah beliau.

Selain fokus kepada golongan berpendapatan sederhana, Bajet 2013 juga turut memberi penekanan terhadap sektor pendidikan dan pelancongan.

Kerajaan menunjukkan komitmen memastikan sektor pendidikan pemaju utama pertumbuhan ekonomi di samping pengumuman besar perbelanjaan bagi sektor pelancongan sebanyak 4.2 peratus, ulasnya.

Dalam pembentangan bajet t! ersebut, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM3 billion kepada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 dan reward sebulan setengah gaji bagi mereka yang berada dalam sektor perkhidmatan awam.

Manakala golongan yang berusia twenty-one tahun ke atas, berpendapatan RM2,000 ke bawah dan masih bujang layak menerima wang sebanyak RM250 daripada kerajaan.

Sumber: Perak Today

Korang jugak boleh baca pasal Bajet kat SINI, SINI, SINI dan SINI

So silalah berikan pandangan anda semua, aku nak tau jugak apa pandangan pembaca blog ni.

No comments: