WAHAI MBI! KORANG TAK RETI BUAT KERJA KE? APA BENDA NI?

Akibat kegagalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan tugas dengan sempurna, peniaga makanan di kawasan Stadium Perak terpaksa menanggung kerugian apabila pelanggan semakin berkurangan kerana masalah bau busuk yang berpunca daripada longgokan sampah sarap dan longkang yang tersumbat.

Tinjauan Perak Today ke kawasan berkenaan mendapati wujud masalah penyelenggaraan sampah selain saliran longkang yang tersumbat yang menyebabkan bau busuk hingga menjejaskan minat pelanggan untuk menjamu selera.



Difahamkan masalah telah berlaku sejak dua tahun lalu ekoran longgokan sampah yang dibuang di kawasan berhampiran tidak diuruskan pihak berwajib malah dibiarkan sehingga berhari-hari.

Seorang peniaga yang ditemui memberitahu, masalah sampah yang tidak diangkut telah menyebabkan bau yang busuk, sekaligus membuat pelanggan hilang minat menjamu selera di situ.

Sudah tentu setiap hari ada sampah sisa makanan dan jika tidak diangkut sampai dua hingga tiga hari, ia pasti menimbulkan bau busuk yang membuatkan pelanggan saya kurang senang.

Apabila masalah ini berlaku, pelanggan tak nak datang ke kedai saya lagi dan terus lari ke tempat lain. Bau busuk sangat kuat terutama pada waktu tengah hari, katanya.

Read more...

No comments: