Generasi muda adalah aset dan khazanah negara yang tidak ternilai, sekaligus menjadi pelaburan penting untuk menjamin masa depan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia tidak boleh hanya dijadikan sebagai aphorism tetapi akan diamal dan dipraktikkan dengan sedaya upaya agar khazanah dan aset berharga negara ini dapat dicanai supaya golongan remaja benar-benar menyinar masa depan negara.
Kita tidak mungkin akan berjaya dalam proses transformasi jika pembangunan modal insan tidak utuh dan kuat.
Sehubungan itu, apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli persatuan beruniform seperti Pandu Puteri dan Pengakap merupakan wacana yang baik untuk mereka menyiapkan diri untuk masa depan, sekaligus mewarisi kepimpinan negara, katanya ketika menyampaikan amanat di hadapan lebih 4,000 ahli Pandu Puteri dan Pengakap sempena Majlis Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri di Stadium Negara, dekat Kuala Lumpur, petang tadi.
Majlis julung-julung kali yang dianjurkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) itu dilhamkan oleh Yang Di Pertuanya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Perdana Menteri berkata lagi, beliau amat tertarik dengan ekspresi yang diluahkan ahli persatuan itu yang ingin berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara selari dengan falsafah persatuan yakni Tolong Orang Selalu.
Read more...
No comments:
Post a Comment