CILI KASI TARUK! UCAPAN NAJIB YANG AKAN MEMBUATKAN PAKATAN ANGIN SATU BADAN!



Meskipun tiada tag Islam, perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap berpandukan kepada maqasid syariah yang bukan sahaja menjaga kepentingan agama Islam tetapi juga keamanan, ilmu, ekonomi dan juga keturunan rakyat negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Percayalah kita berada di landasan perjuangan yang betul walaupun tidak ada tag Islam kerana tetap berpandukan kepada kehendak Islam seperti yang tertera dalam maqasid syariah yang digunakan sebagai panduan induk kepada kerajaan.

Islam itu tidak sempit agama tetapi ada puak-puak tertentu yang tidak meletakkan Islam dalam pertimbangan mereka, katanya ketika berucap pada majlis Ihya Ramadan Bersama Perdana Menteri di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Ipoh, sebentar tadi.

Hampir 5,000 tetamu menghadiri majlis itu yang turut diserikan dengan kehadiran pemimpin parti komponen termasuklah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalan Pengerusi GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn.

Terdahulu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta umat Islam berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Penasihat Agama kepada Menteri Besar, Datuk Najmuddin Elias.

Read more...

No comments: