Rang Undang-Undang Umur Persaraan dan KWSP

Azmi Anuar

chartsPengenalan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini mendapat reaksi yang menggalakkan dari ramai pihak. Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyambut baik pengumuman bahawa umur persaraan smallest untuk mereka yang bekerja di sektor swasta akan dinaikkan ke 60 tahun selaras dengan peraturan baru yang telah ditetapkan untuk kakitangan awam.

Sementara itu, Profesor Ekonomi di Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Amir Baharuddin berkata, langkah meningkatkan usia persaraan itu dapat memberikan ruang kepada para pekerja untuk menstabilkan ekonomi selepas bersara.

Hakikat yang tidak dapat disangkal ialah peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia berbanding tahun-tahun selepas negara baru mencapai kemerdekaan. Walaupun kini rakyat menghadapi masalah kesihatan pula akibat gaya hidup yang lebih mewah, rata-rata ramai rakyat negara ini akan menikmati hidup yang melebihi umur persaraan 55 tahun ketika ini.

Mereka yang sakit dan bersara tanpa tabungan yang mencukupi pasti menghadapi masalah kecuali ada yang membantu sama ada ahli keluarga sendiri atau pihak yang berwajib. Kos perubatan tidak dapat dinafikan lagi akan menjadi salah satu faktor utama dalam kehidpan seorang pesara. Pesara yang prihatin harus terus mengekalkan tahap kesihatan sebaik mungkin dan yang sakit perlu mencari wang untuk membiayai kos perubatannnya.

Peningkatan jangka hayat dan trend berkahwin pada usia yang lebih tua secara! tidak l angsung juga memberi peringatan kepada kita supaya bersedia lebih awal untuk masa tua. Mereka yang berkahwin lambat berkemungkinan mempunyai anak yang masih bersekolah apabila mencapai umur 50 tahun ke atas dan usia persaraan yang baru boleh membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa dipikul. Kos pembelajaran semakin meningkat dan ura-ura untuk memansuhkan skim pinjaman pendidikan PTPTN yang dikemukakan oleh sesetengah pihak boleh memporak-perandakan perancangan awal seseorang untuk anak-anaknya.

Secara kasar, umur persaraan baru tidak memberi apa-apa kesan yang mendalam kepada mereka yang bekerja sendiri. Selagi badan sihat dan boleh bekerja, seharusnyalah mereka yang tergolong dalam kumpulan ini akan berjaya menikmati gaya hidup yang berpatutan. Itulah kelebihan mereka yang bekerja sendiri kerana dari awal lagi akan bersedia menghadapi apa juga yang akan berlaku pada masa hadapan. Mereka lebih peka bahawa menabung dan hidup sederhana akan membantu menjamin hidup yang selesa di usia tua.

Mungkin itulah hujah yang hendak dikemukakan oleh seorang penulis tentang mereka yang memberi pendapat bahawa terdapat golongan yang tidak mampu bersara kerana memerlukan wang untuk meneruskan hidup. Penulis itu tidak dapat menerima sama sekali alasan tersebut. Dia boleh memahami naluri seseorang yang masih perlu bekerja untuk membiayai kegemarannya seperti membeli buku atau melancong tetapi tidak perlulah memberi alasan hendak bekerja lagi semata-mata untuk meneruskan hidup.

Pucuk pangkalnya memang terletak di bahu kita sendiri, berdikit-dikit dahulu sebelum menikmati kesenangan di hari kemudian. Segala tarikan dan godaan untuk bersaing dengan rakan-rakan, menunjuk-nunjuk siapa yang lebih, akan membawa bencana jika tidak kena gayanya. Janganlah ikut ungkapan biar papa kedana asalkan bergaya. Se! harusnya ditukar kepada mengikut rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Gaya hidup: Dulu lain, sekarang lain

Ketika ini pihak berwajib cuba menanam semangat berjimat-cermat dan penyelenggaraan bajet keluarga yang seimbang supaya para pekerja mampu berdikari dan menikmati usia tua yang lebih nyaman. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sendiri telah memperkenalkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia sejak 3 Januari 2010 untuk membantu mereka yang bekerja sendiri iaitu kategori individu yang tidak mempunyai skim simpanan persaraan secara formal. Skim ini memang boleh membantu sedikit sebanyak mereka yang tidak mahu terikat bekerja di bawah telunjuk orang lain.

Wang tidak akan pernah mencukupi jika kita sentiasa mengejar dan mahu menikmati sesuatu yang bukan perkara utama dalam hidup seharian. Apa yang penting tentulah makanan, pakaian dan rumah tetapi kita terpaksa akur mengukur baju di badan sendiri. Tidak salah mengimpikan yang lebih mewah untuk diri kita tetapi mestilah berusaha untuk mencapainya. Janganlah lebih kerak daripada nasi.

Mungkin itulah kelemahan ramai di antara kita kerana naluri inginkan sesuatu yang lebih baik dan di luar kemampuan telah menjadi sebahagian daripada matlamat hidup. Hidup sederhana tidak lagi menjadi sesuatu yang dibanggakan malahan bersaing dan mempamerkan kemewahan menjadi bulletin utama. Pekerja yang baru menapak tidak harus terkejar-kejar cuba mendapatkan sesuatu yang di luar kemampuannya. Kita tidak rugi apa-apa jika tidak memiliki barangan mewah atau yang terbaru di pasaran dan cuba mendapatkannya juga hanya kerana rakan-rakan yang lain memiliki semua itu.

Usaha Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang berfungsi di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia amat dialu-alukan dalam menangani kelaziman sesetengah daripada kita hidup melampaui batasan kemampuan. AKPK melalui module pendidikan kewangannya menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan yang dirangka khas untuk membantu para individu supaya mereka dapat mengawal kedudukan kewangan mereka lalu mendapatkan ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak.

Program pendidikan seperti ini mesti disebarluas supaya para pekerja terutama lepasan sekolah boleh memantau aliran tunai mereka. Kita semua lemah dan tidak ada manusia yang sempurna. Peringatan dan apa juga sokongan moral yang boleh membantu kita menyeimbangkan hidup mesti disokong. Setidak-tidaknya alasan bahawa kita perlu terus bekerja setelah mencapai umur persaraan akan berkurangan.

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: