Penyebaran dakwah dengan cara kekerasan bakal mengundang pandangan buruk terhadap umat dan agama Islam itu sendiri hingga disalahertikan sebagai agama pengganas.
Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata penyebaran dakwah Islam menggunakan cara kekerasan menyebabkan agama itu tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam.
Disebabkan persepsi yang begitu buruk telah dilemparkan terhadap agama Islam, maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam membetulkan perseptif salah yang sedang berkembang dalam fikiran masyarakat Barat, katanya lagi.
Masyarakat kini hidup di zaman epoch maklumat di mana pandangan, ideologi serta pemikiran dari aspek fizikal mahupun pemikiran individu-individu yang lain mudah terpengaruh dalam masa yang begitu singkat.
Rakyat kita kini mempunyai ilmu serta akal fikiran yang untuk berfikir, namun disebabkan ia (maklumat) datang dengan bertalu-talu menyebabkan fikiran kita mudah terpengaruh dengan perkara sebegitu, tambah beliaunya ketika menyampaikan ucapan dasar dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Ke-51 di Taiping, hari ini.
Sehubungan itu, Tun Mahathir menegaskan sebagai umat Islam menjadi keperluan untuk mereka melengkapkan diri dengan ilmu supaya dapat memberi pengajaran kepada umat Islam khususnya remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan serangan moral yang cuba dibawa masuk oleh Barat.
Katanya, jika umat Islam kurang membaca ilmu berkaitan agama, maka kesannya individu tersebut akan menjadi jahil dan lemah.
Mereka (barat) membentuk fikiran dan idea baru yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan cara hidup orang Barat yang kebanyakannya! bukan b eragama Islam.
Apabila umat Islam itu sendiri sudah terpengaruh dengan pemikiran yang dibawa, orang Barat akan cuba mengubah agama Islam ke arah yang lebih liberal dan paling utama bercanggah serta bertentangan dengan agama, jelasnya lagi.
Tun Mahathir juga meminta agar umat Islam agar berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang dianjurkan dalam agama Islam.
Tambahnya, umat Islam juga harus membekalkan diri masing-masing dengan ilmu yang mencukupi untuk menangkis idea yang cuba ditonjolkan oleh Barat terutamanya dalam menghalalkan hubungan sesama jantina.
Larangan agama mempunyai asasnya kerana hanya lelaki yang berkahwin dengan perempuan boleh mendapat zuriat.
Jika berlaku perkahwinan sesama jenis, maka generasi tersebut akan hilang dalam sesebuah bangsa dan kemudiaannya bangsa itu akan mati, katanya lagi.
Dalam usaha memartabatkan dakwah Islamiah, Tun Mahathir juga berkata, terdapat beberapa cabaran harus dilalui terutamanya terhadap kepercayaan dan agama dalam epoch maklumat kini.
Kita kena pandai menangani cabaran ini dengan cara yang bijak dan hikmah, kata beliau.
Menurut Tun Mahathir, Islam bukan lagi agama yang tunggal dimana terdapat seribu agama Islam diwujudkan berdasarkan tafsiran individu tertentu demi kepentingan peribadi.
Apabila perbezaan tafsiran ini berlaku maka pengikut-pengikut mereka akan bermusuhan, katanya lagi.
Oleh itu, beliau berharap negara tidak akan cuba dicerobohi oleh mana-mana individu yang cuba mengembangkan ajaran mereka dengan membawa fahaman yang berbeza selain dari Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.
Di samping itu, beliau turut berharap agar masyarakat bukan Islam mampu mengubah pandangan serta membuang tanggapan buruk mereka terhadap agama Islam melalui dakwah yang lebih efektif tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Sumber: Perak Today
No comments:
Post a Comment