Melihat kepada gambar di atas, saya tidak pasti sama ada kanak-kanak lelaki itu lebih mula berbanding Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Hari ini bertarikh thirteen Mei, menandakan hari untuk meraikan wanita yang bergelar ibu di seluruh dunia. Hari ini, semua insan tanpa mengira agama, keturunan, bangsa atau budaya sama-sama meraikan ibu masing-masing dengan cara tersendiri.
Di hari ini, boleh dikatakan hampir semua individu mahu membuat ibu-ibu tersenyum dan ketawa riang setelah mengandungkan mereka selama sembilan bulan serta kemudiannya bersabung nyawa melahirkan kita.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra, ayat 23;
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ah, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan Rasulullah SAW pula meletakkan taraf seorang ibu adalah yang pale sewajarnya diutamakan di dalam kehidupan seorang muslim secara nisbah sebanyak tiga kali lebih dari bapa dan mereka-mereka yang disayangi, termasuk anak isteri.
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa, Riwayat At-Tirmizi.
Namun apabila melihat gambar diatas, perasaan kecil saya begitu tersentuh melihat seorang ibu yang cacat kedua belah tangannya sedang disuap rezeki oleh anaknya yang masih kecil.
Kemudian saya terbayang pula wajah Hajah Che Tom pada genap dua ! minggu l alu merayu anaknya, Azmin Ali agar kembali ke pangkuan keluarga dan meninggalkan Anwar Ibrahim yang dipercayai menjadi punca Azmin meninggalkan ibu tua itu.
Dalam rayuannya itu juga, Che Tom yang lebih mesra dengan panggilan Mak Tom meminta agar Azmin bertaubat kepada Allah SWT atas segala dosa-dosa dan ketelanjuran yang pernah dilakukan.
Persoalannya, biarpun Mak Tom merayu, meminta dan memohon kepada Azmin sehingga terpaksa memanggil media ke rumahnya untuk memastikan mesej itu sampai ke pengetahuan anaknya itu, apakah Azmin akan taat dan menuruti kehendak ibunya itu?
Melihat kepada airmata Mak Tom yang bercucuran, saya membayangkan bahawa sekiranya saya berada di tempat Azmin, betapa berdosanya saya membenarkan airmata ibu yang melahirkan saya itu menitis membasahi pipinya. Saya tak sanggup!
Pada saya, biarlah saya dan seluruh keluarga saya yang lain menitiskan airmata, asalkan jangan ibu saya yang menangis. Biar kami semua adik beradik meratap duka, asalkan ibu kami tersenyum riang dan tenang hatinya.
Berkata ah pun Allah tidak benarkan, apatah lagi untuk menumpahkan airmata ibu? Apakah Azmin tidak punya perasaan..?
Sehingga kini, ramai yang bersimpati dengan kedukaan dan airmata Mak Tom yang ditumpahkan Azmin. Begitu ramai yang marah pada Azmin kerana menghancurkan hati ibunya hinggakan ibunya itu tidak mahu lagi Azmin pulang menziarahinya jika ajalnya tiba nanti.
Sudah seminggu ibu Azmin merayu dan dikhabarkan hati Azmin masih lagi dingin membeku. Dia masih lagi belum pulang menemui Mak Tom atau melakukan apa yang dihajati oleh ibu yang melahirkannya itu.
Bila lagi Azmin? Antara Shamsidar, Anwar, Ferrari dan lain-lain kemewahan duniawi, dibandingkan dengan insan yang bernama Che Tom yang melahirkan Azmin dari rahimnya, apakah yang pale berharga di dalam diri Timbalan Presid! en PKR i tu?
Berapakah nilai kasih sayang Azmin terhadap ibunya? Berapakah nilai keimanan Azmin kepada perintah Allah SWT yang pernah diajar oleh Arwah Hj. Ali kepadanya? Berapa pula nilai jasa, pengorbanan dan keperitan hati ibunya pada Azmin agaknya?
Sumber: MyKMU
No comments:
Post a Comment