Bila membaca dakwaan RPK bahawa kematian ahli perniagaan

Bila membaca dakwaan RPK bahawa kematian ahli perniagaan Patrick Wong sebagai bukan sebagai kemalangan ketika percubaan menghalang rompakan, sebaliknya mati dibunuh, lantas fikiran teringatkan ketua jurugambar peribadi Anwar Ibrahim, Muhammad Salman Nasaruddin yang mati kemalangan di depan rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya hanya beberapa hari menjelang tarikh PRU 2008.

Kematian Salman ialah pada 4 Mac 2008 dan PRU 2008 berlangsung pada 8 Mac 2008. Seperkara yang harus diberi perhatian, kematiannya hanya beberapa bulan selepas kematian ayahnya Dato' Nasaruddin Jalil (bekas setia usaha peribadi Anwar Ibrahim).

Arwah Salman bukanlah sembarangan orang. Beliau adalah anak lelaki tunggal (disamping adik beradik perempuan lain) dan pewaris utama kepada bekas setia usaha peribadi Anwar Ibrahim tersebut.

Nasaruddin dikaitkan sebagai orang Anwar yang menduduki kerusi pengarah beberapa syarikat berhad dan antaranya ialah MBf. Malah, dalam perakuan berkanun bekas Penolong Gabenor BNM, Nasaruddin disebut sebagai menerima agihan RM10 juta.

Berbalik kepada Salman, selepas tengah malam arwah dikatakan baru selesai menjalankan tugasan di rumahnya berkaitan foto-foto yang diambilnya dalam siri kempen PKR sempena PRU2008. Menurut sumber, beliau kemudian telah keluar! dari ru mah dengan andaian keluar menghisap rokok. Adalah difahamkan, didalam keluarganya hanya arwah yang merupakan perokok. Jadi, setiap kali untuk melepaskan ketagihan, arwah akan menghisap sebatang dua rokok di luar rumah.

Kematian Salman telah disifatkan sebagai langgar lari. Namun persoalan yang belum terjawab hingga hari ini, takkan beliau menghisapkan rokok di tengah jalan?

Jika benar teori kematian Patrick Wong yang dikemukakan oleh RPK, adalah sukar untuk menolak kematian Salman dikaitkan dengan menggunakan kaedah yang sama.

Sumber: Akar Umbi

Sent from my iPhone

No comments: