Selesai sudah upacara angkat sumpah yang berlangsung pagi tadi, di mana perlantikan Exco baru kerajaan negeri Selangor, YB Dr. Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang, telah mendapat perkenan baginda Tuanku Sultan Selangor atas kekosongan yang dirancang.
Ternyata, tekaan ramai bahawa YB Dr. Rani Osman bakal menjadi Exco Agama Islam yang baru meleset. Penulis percaya, baginda Sultan Selangor punya alasan yang kukuh untuk tidak memberi perkenan, sekalipun nama YB Dr. Rani disenaraikan oleh kerajaan negeri.
Bagaimana pun, terdapat rombakan portfolio, di mana YB Dr. Ahmad Yunus akan hanya memegang portfolio Hal Ehwal Adat Istiadat Melayu dan portfolio Belia dan Sukan.
Perkara ini sangat mengejutkan kerana kapasiti kekosongan yang ditinggalkan oleh Hasan Ali ialah Exco Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.
Lebih mengejutkan apabila Khalid Ibrahim telah melantik dirinya untuk memegang portfolio Exco Agama Islam!
Di manakah maruah PAS, selaku parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam apabila wakil parti itu tidak diiktiraf oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Ia adalah petanda yang nyata, jelas lagi terang bahawa sesungguhnya PAS tidak berkredibiliti dan berintegriti untuk memperjuangkan Islam!
Dan Pakatan Rakyatlah yang membuktikan pendapat ini. Satu penghinaan bertaraf pariah, yang harus ditelan oleh seluruh ahlul PAS!
Bahaya sedang menanti bumi Selangor Darul Ehsan kerana Rasullullah S.A.W telah berpesan, berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya..
Jelas, ianya satu peringatan kepada seluruh ummah, untuk meletakkan mereka yang layak di dalam bidangnya. Apa yang berlaku jelas bertentangan dengan tuntutan hadis.Dan apabila ! Khalid I brahim yang memegang portfolio agama Islam, ia jauh menyimpang dari tuntutan, malah lebih teruk dari Ruwaibidhah.
Ruwaibidhah adalah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat. (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah). Tidak salah untuk Khalid sendiri memberikan pendapat, akan tetapi ilmunya tidak cukup untuk membicarakan soal agama Islam.
Mungkin ramai yang berpendapat bahawa Khalid boleh mendapatkan pandangan golongan ilmuwan, akan tetapi kuasa halt tetap ada padanya, selaku exco agama Islam dan Menteri Besar.
Dan Khalid dikenali sebagai kuda tunggangan DAP, yang apabila ditoreh salur darahnya, hanya roket yang keluar dari pembuluh darah! Apakah Khalid mampu menegakkan yang Haq dan melupuskan yang bathil?
Teringat akan sikap Khalid apabila berdepan dengan 2 badan audit professional iaitu SIRIM dan Pricewaterhousecooper berkenaan satu isu. Apabila keputusan 2 badan ini tidak seperti yang Khalid mahukan, apa kata Khalid?
You all tau tak siapa saya? Saya adalah MB Selangor! satu kiasan ugutan dengan menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar untuk menunjukkan kuasanya.Bolehkah ilmuwan tadi, seandainya dilantik, membuat keputusan demi Islam, bukannya undi, atau DAP?
Ya Allah, Kau selamatkanlah bumi Selangor Darul Ehsan!
Sumber: Selangor Daily
No comments:
Post a Comment