GEMPAR! SEKARANG SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH?

1- Sebelum ini kita saksikan pembohongan Anwar (kita katakan Anwar pembohong berdasarkan beliau telah banyak kali berbuat demikian kerana ingin menjatuhkan Tun Mahathir), bahawa beliau telah mempengerusikan Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, tetapi beliau enggan menerima bantuan dana tersebut semasa krisis matawang dunia yang menyaksikan keruntuhan kewangan banyak negara dunia.

Untuk menyelamatkan kulit beliau, beliau berbohong menuduh yang Tun Mahathir lah yang menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman

Anwar berucap di Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dihadiri wakil kedutaan asing untuk membuang picture beliau sebagai Agen Amerika & Yahudi



2- Sebagai tindak balas Tun Mahathir telah menafikannya dan meminta supaya Anwar memberi bukti bersurat dan bersumpah jika Anwar betul-betul iklas.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukan surat itu kalau dia ada, saya yang menolak Bank Dunia...Bank Dunia nak sangat bagi kepada kita...kalau mereka beri kepada kita maka kita akan menjadi hamba kepada mereka"


"Suruh Datuk Seri Anwar bersumpah dalam masjid dan junjung Al Quran , saya joke sanggup junjung Al Quran dalam masjid bersama-sama dengannnya"

Video Tun dan Nor Mohd Yakcob


Tun menyatakan tunjukan surat yang beliau menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman


3- Sebaliknya apa yang diberi oleh Anwar sebagai bahan bukti, yang disalurkan melalui kuncu Pas mereka, bukan lah surat rayuan Tun kepada Bank Dunia, tetapi laman website Bank Dunia yang disalurkan kepada Mahfuz Omar untuk di putarbelitkan.

Perkara pinjaman Bank Dunia ini cukup teknikal dan boleh memperdayakan sesiapa sahaja yang menerimanya secara hakiki dan pada nilai muka sahaja.

4- Mari kita lihat apa kata Mahfuz Omar Samdol.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu

"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain"

- Mahfuz dari Harakah>

Bukti yang diberikan ialah tuduhan bahawa Tun Mahathir membuat pinjaman berjumlah melebihi AS$400 juta setelah Anwar dipecat dari kabinet, seperti berikut;

a- Pada eighteen Jun 1998, pinjaman atas nama

Projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".

b- Pada 30 Mac 1999, pinjaman atas nama

Projek "Malaysia Education Sector Support Project",

Projek "Malaysia Social Sector Support Project"

Projek "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project"

5- Carian nama-nama projek pinjaman Malaysia di laman web Bank Dunia memberikan perkara-perkara berikut.













Semua sumber Bank Dunia dari website World Bank > dan projek website >



6- Oleh kerana perkara ini dari bidang yang sangat tinggi dan kita bukan pakar, mari kita tengok dari segi yang mudah difahami.

Pertama sekali, walaupun ia diluluskan oleh Bank Dunia, adakah Malaysia mengambil mengunapakai pinjaman tersebut?

Keduanya, Anwar mengatakan bahawa beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia semasa pinjaman di buat, tetapi beliau enggan menerima bantuan dana tersebut.

Hanya data-data dari minit mesyuarat dan segala bukti yang menunjukan bahawa beliau menolak dengan tidak menerima bantuan dana sahaja yang akan dapat menyakin rakyat. Walaubagaimana pun, keyakinan serupa ini tidak diperlukan oleh penganut-penganut Pas-Pkr yang hendak menerimanya secara bulat-bulat.

Ketiganya, Anwar atau sesiapa sahaja perlu memberi bukti surat bahawa Tun Mahathir lah yang menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman. Kita yakin bahawa ramai orang-orang Pkr-Pas didalam Kementerian Kewangan yang masih setia dengan Anwar dan dapat menyeludup keluar surat tersebut.

Keempatnya, dengan hakikat bahawa surat tersebut boleh di ambil bila-bila masa dari Kementerian Kewangan, maka Tun dengan berani sekali mencabar Anwar membuktikannya. Ini sudah cukup yakin bagi kita. Di tambah lagi dengan sumpah laknat yang di cabar Tun kepada Anwar. Apa lagi keyakinan yang kita perlu.

Kelimanya, dan bukti yang amat kukuh bahawa ia adalah Anwar yang merancang kesemua dana IMF tersebut ialah bahawa Anwar di pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 5.30 petang Rabu 2 Sep 1998.

Manakala dana diluluskan pada eighteen Jun 1998 dan pada 30 Mac 1999.

Tuduhan Mahfuz Omar bahawa Tun Mahathir membuat pinjaman ! dari IMF setelah Anwar dipecat dari kabinet, amat lah meleset sekali. Perhatikan bahawa tarikh jangkawaktu yang amat singkat sudah cukup membuktikan kepada kita bahawa urusan pinjaman dana dibuat oleh Anwar.

Keenamnya, hakikat bahawa ia diberikan kepada Mahfuz Omar untuk diputarbelitkan sudah cukup membuktikan bahawa ia adalah penipuan putarbelit kerana Mahfuz memang terkenal dengan perkara-perkara yang selalu dianggap sampah dengan dibantu oleh staff HarakahDaily.

Akhir sekali, hanya Tun Mahathir dan Nor Mohd Yakcob sahaja yang dapat memberi penjelasan yang memuaskan. Kita tunggu apa kata Ayahanda Tun Mahathir nanti.

House PK: Terima kasih kepada blogger Hhalem yang telah membuat artikel ini, aku siarkan supaya korang jangan tertipu dengan LELAKI YANG DAH KANTOI DENGAN CHINA DOLL TAPI MASIH TAK NAK MENGAKU!

Anwar, satu je aku nak buat! KHAIIKK PTUIIHH!

No comments: