GEMPAR! HUSAM JAMNAPARI DAH BERSEDIA UNTUK GANTIKAN NIK AZIZ ANYTIME!

Mana tidak, tindak tanduk Dato Dr Hasan Ali menyerang PAS dan kepimpinan dengan disokong oleh anak N.Ajis, Nik Abduh telah menyebabkan N.Ajis sakit masuk hospital.

Gelombang Rakyat melaporkan berikut:
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke wad di salah sebuah sebuah sanatorium di sini untuk berehat sejak kelmarin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Ahmad Fadzli Shaari melalui laman facebook milik Nik Abdul Aziz hari ini tanpa mendedahkan nama hospital.

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, nineteen Disember 2011.

Keadaan beliau stabil dan insya-Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi, katanya.

Sementara itu, detikperubahan.com difahamkan Nik Abdul Aziz dimasukkan ke sanatorium terbabit selepas mengadu sakit perut.

Ogos lalu, Nik Abdul Aziz telah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana saluran jantungnya tersumbat akibat kadar kolestrol yang tinggi. Pada 8 Disember 2010, Mursyidul Am Pas itu telah dimasukkan ke sanatorium selama lebih daripada lima hari kerana masalah tulang belakang.

Bagaimanapun beliau kembali bertugas seperti biasa malah bersedia untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
"Tok Guru masuk spital? Molek la tu ..."

Husam Jamnapari yang mendengar perkhabaran ini meluahkan rasa lengang dengan perkhabaran kesihatan Nik Aziz.

Kalau ini bukan pretence lama orang tua untuk mengalih pandang tekanan yang dihadapi PAs oleh serangan bertubi-tubi Hasan Ali, kesihatan Tok Guru bertambah merunsingkan. Ini berita baik agak sementara bagi Husam.

Lagi baik untuk Husam dan PAS jika Nik Aziz idea sebelum PRU. Husam ada peluang untuk naik segera menggantikan jawatan Menteri Besar.

Dia dah pasang kaki di istana untuk dapatkan perkenan Tuanku. Orangnya ialag Senator Dato Ahmad Rosli Ibrahim bekas Setiausaha UMNO yang lompat ke PAS.

Dalam AJK PAS pusat, rakan-rakan Erdogan sudah tunggu untuk sambut memberi sokongan dan tekanan pengaruh.

Setakat ahli2 ADUN, semua dah dibayar atau boleh dibayar Husam.

Dia dapat lihat kesedihan akan pemergian Tok Guru pasti akan menarik undi simpati dan boleh dijadikan petunjuk publicity rakyat untuknya.

Walau bagaimana pun, Husam tahu hukum lagi. DIa tidak boleh mendahului tuhan dalam hal hidup mati. Selagi nyawa masih ada dalam badan, Husam tidak boleh buat sebarang kesimpulan salah.

Dia perlu membersihkan namanya dengan segera.

Khabarnya bukan saja RBF atau Faisal Robhan Ahmad dan Syed Azidi aka Kickdefella saja yang sedang dikejar ke mahkamah.

Sesiapa saja blogger pro UMNO yang tulis buruk pasal dia akan diheret ke mahkamah. Supaya tak nampak sangat dia mengejar blogger pro UMNO, dia akan saman juga blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang eccentric atau pro ulamak.

Kalau tidak dapat diheret ke mahkamah, akan dihant! ar mafio si mamak untuk bawak anjing takut-takutkan mereka.

House PK: Kudos to Unspinner untuk artikel ini. Celaka punya Jamnapari, asyik nak menyaman blogger je kerja dia, pastu ada hati nak jadi MB Kelantan! Nak ke PAS Kelantan bagi? Aku harap Nik Aziz sihat le suapaya dia boleh bertanding PRU yang akan datang. Persoalannya larat lagi ke Pok Nik?

No comments: