FOOLISH UTTERANCE HERE AND THERE (Pengucapan bebal disana sini)

Dalam dua minggu ini, saya ingat saya sudah mendengar semua kenyataan tolol dan bebal dalam negara kita. Rupa2 nya saya salah. Tiba2 senator Ezam Mohd Nor mengeluarkan suatu kenyataan yang mengatasi kebebalan kenyataan2 yang sudah2.

Mula saya ingat Muhyidin Yasin sudah tebiat bila menakutkan orang Melayu me! ngenai the ncaman keatas Melayu oleh bangsa lain. Setelah itu, ketua penerangan "Barisan Nasional" mengukuhkan lagi rasa cemas pemimpin parti yang kian tenat bila menyatakan pandangan bebal yang sama. Jika DAP dan orang Cina memerintah negara habis lah orang Melayu, habis lah Islam dan habislah Raja2 Melayu.

Sana sini orang bercakap- adakah pemimpin "Barisan Nasional" sudah jadi bingung? DAP yang bukan kristian mahu mengkristiankan orang Melayu? yang sepatutnya di soalkan orang Melayu ialah mengapa terjadi nya murtad di kalangan orang Melayu? adakah kebajikan mereka tidak di jaga oleh pihak yang berwajib? mengapa Aqidah mereka teruk sedangkan masyarakat Melayu di lemaskan dengan 1001 module keIslaman?

Islam yang sudah sempurna berada dalam ancaman? Hello- yang terancam dan berada dalam keadaan yang teruk, ialah orang Muslim dan majoriti Muslim dalam negara kita ialah orang Melayu. Keadaan mereka terjadi demikian disebabkan sistem pemerintahan dan cara orang "Barisan Nasional" berpolitik.

Orang Cina yang berjumlah lebih kecil mahu menjatuhkan orang Melayu yang merupakan 65% penduduk negara ini? tauke Cina kalau dapat, hendak lagi baik d! engan ra ja2 Melayu sebab melalui sistem raja, mereka dapat menguasai lebih banyak bisnes dan pengaruh. Sebab itu, saya menganggap bila dua pemimpin "Barisan Nasional" dari Johor ini mengeluarkan kenyataan bebal tersebut, "Barisan Nasional" sudah cemas dan kebingungan.

Tapi, bila Ezam Mohd Noor yang mendakwa DAP akan menjadikan Malaysia sebuah Singapura, saya rasa trademark "Barisan Nasional" dan orang2 yang menyokong nya, ialah mereka semua sudah buang tebiat. Mengikut hemat orang Melayu, orang yang buang tebiat, ialah orang yang hampir mati. Demikian agaknya, yang terjadi keatas "Barisan Nasional" sekarang.

Elok rasa nya ki! ta jawab kenyataan senator Ezam. Apa salah nya- jika Malaysia jadi kaya dan kekayaan tersebut di nikmati oleh semua berbanding pada masa sekarang dimana kekayaan dan nikmat ekonomi di monopoli oleh segelintir orang yang rasuah? Apa salah nya, negara kita menjadi negara macam Singapura di mana perkhidmatan awam nya kelas pertama? Dan apa salah nya negara kita jadi macam Singapura yang mengenakan disiplin yang ketat keatas rasuah?

Bila kita bercakap pasal rasuah, di manakah kotak2 yang pernah di laungkan oleh Ezam Mohd Nor yang di katakan mengandungi maklumat mengenai kes2 rasuah oleh pimpinan "Barisan Nasional"? Rasuah lah yang merupakan kezaliman yang paling teruk merosakkan orang Melayu. Apabila sesebuah negara rasuah, amat sukar lah untuk pemimpin yang berada dalam sistem tersebut, melakukan perubahan.

Tidakkah kamu lihat apa jadi kepada orang Melayu di Singapura? Maka saya jawab- apa yang terjadi kepada mereka? Walaupun kita enggan mengakui nya, pandangan dunia Melayu Singapura berbeza dengan pandangan Melayu Malaysia. Orang Melayu Singapura sedar bahawa mau tidak mahu, mereka terpaksa favour diri dengan ciri2 menjayakan diri melalui kerja keras dan mengelokkan diri dari segi mental. ! Orang Me layu Singapura merupakan hanya 15% dari penduduk di sana. Mustahil lah suatu kumpulan minoriti dapat menguasai kumpulan yang majoriti. Apatah lagi jika yang majoriti juga kuat dari segi ekonomi dan dari segi mempunyai kelompok kuasa intelek yang lebih tinggi.

Bahkan apa yang terjadi keatas orang melayu di Singapura patut menjadi peringatan dan pengajaran kepada orang Melayu Malaysia. Satu bangsa yang meletakkan masa depan mereka keatas kepercayaan mutlak dalam tangan orang lain hanya menempah masa depan yang sengsara. Orang Melayu Singapura sepatutnya mengingatkan orang melayu di Malaysia peri penting nya bergantung kepada kekuatan diri sendiri.

Dan orang Melayu di Singapura, mengingat kita di Malaysia, kita mesti menolak pemimpin yang bodoh. Kita mesti tolak pemimpin yang rasuah. Orang Melayu Singapura mentertatwakan orang Melayu Malaysia sebab sejak thirteen tahun kebelakangan ini, orang Melayu Malaysia di penjarai oleh soal seks pemimpin Melayu lain. Bangsa lain hendak maju, kita asyik obsess dengan citarasa seks Anwar Ibrahim.

Posted by sakmongkol AK47
Read More @ Source

Pembangkang Usah Mimpi Tawan Johor

KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Exco Pergerakan Pemuda "Barisan Nasional" Malaysia, Ali Mazat Salleh berkata, kini masa sudah semakin suntuk untuk setiap jentera pilihan raya termasuklah jentera Pemuda membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 13. Katanya. sudah sampai masa sebagaimana yang diingatkan oleh Ketua Pergeraakn Pemuda "Barisan Nasional", Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung Pemuda "Barisan Nasional" baru-baru ini, ada enam perkara penting d! i mana s etiap Ketua Pemuda negeri mesti lakukan. Sekarang ini tegas beliau bukan masa untuk memikirkan module biasa kerana module sekarang adalah tertumpu kepada mendekati pengundi untuk berhadapan PRU 13. "Selepas Perhimpunan Agung "Barisan Nasional" ini tamat, setiap Ketua Pemuda negeri harus mengetahui apa yang perlu dilakukan di setiap negeri masing-masing. Jentera parti harus dimantapkan bersama-sama dengan jentera Pemuda Komponen untuk mendekati pengundi. "Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang bercerita mengenai polemik dan masalah dalaman parti. Fokus sekarang adalah kerja untuk menghadapi PRU 13. Arahan telah diberikan untuk Pemuda setiap bahagian mengumpulkan kekuatan, mengatur strategi, menyusun kekuatan untuk mendekati pengundi dan mengnal pasti pengundi-pengundi yang ada di kawasan masing-masing. "Inilah amanat penting yang harus di bawa pulang oleh setiap perwakilan ke kawasan masing-masing untuk bersiap sedia. Kita serang pakatan pembangkang dengan fakta. Sekiranya dahulu kita tidak menjawab tohmahan pembangkang tetapi kini ...

Video Rating: 3 / 5

More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: