25 OKT Hubungan Kuala Lumpur Jakarta saling tidak ubah seperti "love hatred relationship". Itu hakikat yang tidak dapat sesiapa nafikan. Sejak berdekad lagi, ada masanya kita saling mengasihi antara satu sama lain. Tidak kurang, bila tercetus sesuatu isu, maka perasaan kasih akan berubah menjadi marah.
Adat menjadi negara jiran, hubungan akrab kita sering diuji dengan pelbagai rintangan. Hal ini bukan baru bagi kedua negara sahabat itu.
Mujurlah kedua pemimpin tertinggi negara berkenaan tidak mudah melatah ketika hubungan rakyat ada masanya tegang, ada masanya reda.
Justeru, kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak di Lombok, Indonesia Khamis lalu untuk menghadiri rundingan tahunan kali kelapan memberi erti yang cukup besar dan sekali gus melakar sejarah bagi wilayah di Nusa Tenggara Barat itu secara khususnya.
Ini kerana, Najib merupakan pemimpin luar yang pertama disambut oleh Indonesia di lapangan terbang yang dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sehari sebelum ketibaan Perdana Menteri.
Sebelum beliau hadir ke Lombok, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pula berada di Jakarta beberapa hari sebelum itu untuk menerima anugerah tertinggi Bintang Republik Indonesia Adipurna daripada Presiden Indonesia.
Tentunya kehadiran kedua-dua teraju dari Malaysia memberikan signifikan yang amat besar dalam hubungan diplomatik dua negara jiran itu. Di atas landasan hubungan kerajaan, kehadiran Najib ke Lombok memperkasakan lagi jalinan persahabatan yang sudah lama dimeterai.
Najib membawa aspirasi yang amat penting untuk menyelesaikan beberapa isu yang sudah lama tertangguh.
Paling utama, isu pembekuan pembantu rumah yang sudah tertangguh lebih dua tahun menjadi bulletin pada rundingan tahunan berkenaan. Jakarta sebelum ini pada June 2009 membuat keputusan menghentikan pembekalan amah ke Malaysia selepas tercetus beberapa kes penderaan dan penganiayaan oleh majikan di negara kita.
Belum selesai isu itu, Kuala Lu! mpur diu ji pula dengan keputusan kerajaan Kemboja yang turut mengikut jejak langkah Indonesia. Sementara itu, Filipina pula khabarnya mahu melaksanakan syarat-syarat baru sebelum membenarkan rakyatnya yang mahu mencari rezeki di Malaysia sebagai pembantu rumah.
Mungkin isu pembantu rumah tidak menjadi hal kepada kesemua twenty-eight juta rakyat Malaysia kerana tidak semuanya memerlukan perkhidmatan itu. Tetapi, isu pembantu rumah inilah yang lazimnya menjadi perhatian yang akan membawa kepada tercetusnya hubungan kurang senang di kalangan rakyat dua negara.
Kerana itu, kebijaksanaan Najib dan keikhlasan Susilo mencari pendekatan menyelesaikan isu berkenaan seperti menarik rambut dalam tepung membuatkan lembaran baru dibuka dalam rundingan berkenaan. Kedua-dua kerajaan sepakat untuk meletakkan tanda noktah pada kemelut yang berpanjangan itu.
Pada rundingan tahunan di Novotel Hotel di tepi laut Kuta, Lombok Najib dan Susilo yang masing-masing diiringi beberapa anggota Kabinet pada akhirnya mencapai kata sepakat yang menepati apa yang dikehendaki oleh rakyat.
Seperti kata Najib, beliau mengharapkan bakal majikan di Malaysia tidak mengkhianati kepercayaan diberikan rakan sejawatannya yang bersetuju membekalkan semula amah ke Malaysia.
"Yang penting tidak lakukan apa-apa penganiayaan, penderaan fizikal dan psikologi sebab ini akan membuat mereka terhiris hati. Walaupun satu dua kejadian yang menimpa tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
"Saya meminta semua bakal majikan memahami perkara ini untuk menjaga persepsi Indonesia terhadap rakyat Malaysia," jelas Najib yang sentiasa komited dalam memelihara keharmonian hubungan dua negara itu.
Pada rundingan tahunan berkenaan, kerajaan Indonesia akhirnya menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berkuat kuasa 1 Disember ini.
Pengumuman penarikan semula duration oleh negara itu diumumkan Presiden Indonesia selepas beliau menyedari bahawa terdapat ramai rakyat negaranya mencari rezeki di M! alaysia yang turut membantu perkembangan ekonomi negara jiran itu.
"Kita ketahui banyak saudara Indonesia yang bekerja di Malaysia. Oleh itu kita sepakat untuk memberi perlindungan dan bantuan sebaik-baiknya kepada Tenaga Kerja Indonesia (TKI).
"Kita juga bersepakat bahawa dengan diadakan perubahan tentang pengambilan dan penempatan TKI yang ditandatangani pada 2006 mendatangkan perubahan positif kepada Indonesia. Insya-Allah pada 1 Disember, kita akan menormalisasikan kembali hal ini (menarik semula moratorium)," kata Susilo.
Selain isu pembantu rumah, salah faham yang sering tercetus antara Malaysia dan Indonesia juga adalah berhubung isu perbatasan sempadan sama ada di darat mahupun di laut. Perbatasan sempadan darat tercetus isu mengenai dakwaan kononnya Malaysia menceroboh wilayah Indonesia di Kalimantan Barat.
Mujur isu itu sudah ditangani dengan bijaksana oleh pemerintah Indonesia yang awal-awal lagi menafikan Malaysia mencuri wilayah mereka. Tetapi, pada pertemuan Najib dan Susilo tempoh hari, isu yang melibatkan perbatasan maritim di perairan Sulawesi dan Selat Melaka turut berada dalam senarai perbincangan kedua-dua mereka.
Selepas 20 mesyuarat antara kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu sejak Mac 2005, Najib dan Susilo mengakui, semuanya sudah mencapai rumusan yang positif.
Kata Najib, pihak berwajib akan terus melakukan perbincangan dengan negara jiran untuk memastikan hasilnya kelak memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak.
Semasa di Lombok juga, Najib menyatakan hasrat untuk melihat perkembangan positif terhadap semua perbincangan yang dilakukan oleh beliau dan Susilo yang mencakupi pelbagai sektor.
Najib sangat berterima kasih kepada Susilo yang sangat ikhlas dan tulus dalam membuat pertimbangan untuk memastikan rakyat kedua-dua negara memperoleh kemakmuran.
Begitu juga dengan Susilo yang terus mengingatkan rakyatnya agar jangan bertindak melampau dalam dalam meluahkan rasa tidak senang menerusi aksi demonstrasi sehingga melukai hati ! negara j iran, Malaysia.
Menurut Presiden Indonesia itu, tindakan demonstrasi yang dilakukan oleh sekumpulan kecil rakyat negara itu termasuk insiden terbaru yang berlaku di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta , baru-baru ini sudah melebihi batas.
Sehubungan itu, atas nama hubungan saudara serumpun, Susilo menegaskan, persahabatan yang sudah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia perlu diperkukuhkan lagi dalam suasana harmoni untuk kepentingan jangka panjang.
"Hubungan kedua-dua negara harus diletakkan dalam kerangka yang strategik, fundamental dan berjangka panjang. Saya sudah mengingatkan janganlah tunjuk rasa itu melebihi sepatutnya sebab ia bisa melukai negara sahabat," tegas Susilo.
Mudah-mudahan pertemuan dua sahabat serumpun di Lombok itu akan menyelesaikan segala isu dalam hubungan bilateral Malaysia dan Indonesia.
Bukan saja rakyat Malaysia, bahkan rakyat Indonesia sendiri yang akan meraih keuntungan apabila kedua-duanya terus akrab sebagai teman sama menangis dan teman ketawa. Utusan Malaysia
* This is a personal perspective of a bard or publication. The Malaysian Insider does not validate a perspective unless specified.
No comments:
Post a Comment