11 OKT Kekecohan atas isu pelaksanaan hudud antara PAS dan sekutu Pakatan Rakyatnya terutama DAP telah diselesaikan dengan baik mengikut semangat muafakat Pakatan Rakyat.
PAS kekal boleh meneruskan dakwahnya bagi memperkenalkan hudud kepada masyarakat seumumnya dan mengakui hak DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu.
Tetapi DAP yang tidak setuju itu pula mengaku hak PAS untuk memperkenalkannya yang menjadi cita-citanya sejak PAS ditubuhkan 60 tahun lalu.
Sekalipun terdapat perbezaan pandangan dan sikap atas perkara itu oleh kedua pihak, keduanya bersetuju, bahawa mereka tidak setuju atas satu perkara itu secara nyata tetapi mereka bersetuju dalam banyak perkara lain bagi menegakkan kerajaan bersama dan membina negara dan masyarakat yang adil dan kukuh.
Komponen Pakatan Rakyat dan penyokongnya berkongsi banyak yang boleh menjadikan Pakatan Rakyat satu muafakat politik yang kuat yang mampu mengambil alih tampuk pemerintahan dan sudah bersedia menjadi pick kepada Barisan Nasional baik sebagai parti politik yang bertenaga dan sudah joke kerajaan yang menunggu.
Pada masa bersetuju mengadakan kerjasama pilihan raya menjelang PRU 1999 dulu dan membentuk Pakatan Rakyat selepas PRU twelve tahun 2008 dulu, DAP dan PKR sudah joke tahu bahawa hudud adalah satu cita-cita PAS sejak mula, dan PAS juga tahu bahawa DAP tidak tertarik dengannya lama sebelum kedua-dua pihak boleh duduk semeja.
Perbezaan itu telah wujud sejak awal tetapi perbezaan itu tidak menghalang kedua pihak untuk mengadakan kerjasama politik yang besar hingga kini Pakatan Rakyat berjaya melayakkan Malaysia menyamai negara-negara demokrasi dan maju di dunia mempunyai lebih dari satu kerabat parti poliltik alternatif yang kuat.
Britain dan Amerika ada parti pemerintah dan parti pembangkang yang menjadi kerajaan yang menunggu. Begitu juga Perancis, Jerman, Australia dan lain wujud lebih dari satu parti yang bergilir-gilir menjadi kerajaan atau menjadi pembangkang mengikut keputusan raky! at dalam pilihan raya.
Malaysia sejak merdeka tahun 1957 dan sejak pembentukan Malaysia tahun 1963 tidak ada kedewasaan politik yang kondusif seperti itu, hingga meletakkan BN yang dulunya Periktan parti yang monopoli kuasa dan menapikan hak rakyat membuat pilihan.
Sekalian ahli fikir dan penggiat politik tahu bahawa kuasa itu korap dan kuasa sepenuhnya terdedah kepada korap sepenuhnya. Sekalipun Tunku Abdul Rahman Putra dan Umno memperkenalkan amalan demokrasi kepada masyarakat negara, justeru monopoli politik yang tidak dapat dipecahkan, menjadikan negara dan kerajaan rasuah sepenuhnya dan menyeleweng seadanya.
Rakyat sedar segala kepincangan itu dan rakyat jugalah yang menuntut supaya diwujudkan satu pakatan alternatif yang kuat yang boleh mencabar monopoli kuasa itu. Rakyat juga yang menuntut supaya parti-parti pembangkang yang banyak dan tidak cukup tenaga itu mengenepikan perbezaan atau mengurangkan perbezaan bagi membentuk satu gabungan parti alternatif yang kuat yang berupaya memecahkan monopoli kuasa yang rasuah dan menyeleweng itu. PAS, PKR dan DAP telah menyambut cabaran rakyat itu. Mereka sudah melupakan berbezaan itu kecuali dalam satu isu iaitu hudud. PAS tahu DAP tidak setuju hudud dan DAP tahu PAS tidak setia mengggurkan hudud. Kalau tidak boleh bersetuju dalam semua perkara, janganlah semua perkara tidak disetujui.
Lalu mereka bersetuju satu dua perkara yang tidak disetujui, tidak menghalang mereka mengadakan pakatan kerana mereka sudah bersetuju dalam banyak perkara.
Yang tidak bersetuju dengan hudud itu bukanlah DAP saja. Umno telah menzahirkan tidak setujunya lama sebelum DAP dan PAS mengadakan muafakat. Umno menganut Islam tidak bersetuju dengan hudud dan ia juga tidak setuju dengan banyak perkara yang PAS perjuangkan. DAP tidak menganut Islam, maka ia tidak setuju dengan hudud tetapi ia setuju dengan banyak perkara yang diperjuangkan oleh PAS.
PAS mengemukakan konsep negara berkebajikan yang mendukung cita-cita dan ajaran Islam. DAP menerimanya. PAS! mahu hi sbah, DAP tidak menolaknya. DAP mahu sebuah pemerintahan bersih dari rasuah, reaksi PAS pula ia juga yang PAS cita-cita.
Jika PAS terus bercakap tentang hudud dalam kontek adanya kerjasama dengan DAP dan lain, bukan ia tidak pelayan pendirian DAP tetapi adalah untuk menerangkan kepada masyarakat umum dalam dan luar negara betapa indahnya hudud dan hudud tidak mengancam keamanan dan anutan mana agama lain.
Cara PAS dan DAP menyelesaikan perbezaan dalam isu hudud itu membayang cara dan keupayaan mereka mengatasi segala masalah yang berbangkit kiranya rakyat memberi mandad mentadbirkan Putrajaya nanti.
Bagaimana kerajaan DAP di Pulau Pinang melayan isu Islam dan orang Islam mencerminkan sikapnya jika Pakatan diizinkan membentuk kerajaan pusat, dan bagaiama kerajaan Kelantan dan Kedah melayalan orang bukan Islam membayangkaan keadilan yang akan serlahkan dalam kerajaan bersama di Putrajaya nanti.
* The views expressed here are a personal opinion of a columnist.
No comments:
Post a Comment