Titah Kebawah DYMM Yang diPertuan Agong: Satu Face-Saving Device?

July 4, 2011

Titah Kebawah DYMM Yang diPertuan Agong: Satu Face-Saving Device?

Oleh Aspan Alias

Titah Kebawah Duli Tuanku Yang diPertuan Agong semalam supaya kedua-dua belah pihak, Putrajaya dan BERSIH (yang diharamkan oleh kerajaan) merupakan satu face-saving device bagi pihak yang memerintah. Campur tangan Yang diPertuan Agong itu banyak memberikan kita kefahaman dan penilaian terhadap isu yang sedang negara hadapi.

Pihak Polis telah menyatakan secara terbuka yang tidak ada lagi perundingan dengan penganjur convene ini dan setiap kuasa yang ada kepada mereka (Polis) akan dipergunakan untuk memastikan convene itu tidak terjadi.

Pemimpin-pemimpin UMNO pula mundar mandir dengan kenyataan-kenyataan yang bengis dan marah-marah kerana isu ini. Cara mereka (pemimpin-pemimpin UMNO) menampakan pengakuan mereka yang penganjuran convene ini membuatkan mereka panik sehinggakan tiada lagi jalan yang mereka nampak selain dari mengharamkan pertubuhan NGO (BERSIH) ini.

Kata-kata sudah terlanjur. Mata berpandangan, budi kedapatan. Rakyat yang ramai sudah mulai merasa bosan dan mual dengan keadaan yang berlaku. Semua tindakan reaksi kepada Bersih kesemuanya tindakan politik dan kata-kata joke merupakan kata-kata politik.

Kelemahan kita semakin hari semakin jelas dilihat ramai. Oleh kerana mereka (pemimpin) hanya pandai politicking mereka menganggapkan segala perbuatan orang lain itu adalah tindakan politik.

Takut pada bayang-bayang sendiri semakin kuat. Perasaan rendah diri semakin menebal. Perasaan takut kian menghantui mereka dan jalan yang terbaik untuk melindungi perasaan takut dari pandangan ramai ialah dengan menangkap dan cuba memomokan yang tindakan pengajur conve! ne ini s e! bagai ti ndakan politik.

Bebagai-bagai tuduhan dilemparkan terhadap penganjur terutamanya terhadap Ambiga Sreenevasan, pengerusi BERSIH. Ada pemimpin terutama negara menggunakan isu agama dan isu Lina Joy untuk membuatkan orang ramai tidak mengikut convene Bersih ini. TV1 dan TV3 serta Utusan Melayu dijadikan seperti lapang sasar menembak. Ketua Polis Negara dan Timbalannya bercakap seperti ahli Politik.

Semasa terdesak diperguna segala alim ulamak untuk mengulas convene ini dengan interpritasi agama yang memihak terhadap mereka di kaca-kaca TV dan media cetak. Rally ini haram mengikut itu dan ini dalam agama. Orang yang menyertai convene itu musuh negara dan itu melanggar hukum agama. Tidak pula diminta pemimpin yang rasuah juga adalah melanggar agama.

Menuduh penganjur convene itu sebagai komunis itu fitnah tetapi tidak pula melanggar agama kepada ulamak yang memihak kepada a buttered side of a bread. Semuanya melanggar agama kecuali mereka yang berkuasa yang menggunakan segala-galanya untuk melakukan kerja hina dan keji.

Maha Guru silat, Omar Din berkata yang beliau tidak benarkan sesiapa melangkah setapak untuk ber convene ini. Jika dilakukan juga ribuan ahli silat beliau akan bertindak dan sanggup berperang habis-habisan. Entah siapa yang hendak berperang kita tidak tahu. Yang penting mesti tunjuk garang.

Belum joke convene dilakukan tangkapan sudah dilakukan. Malahan pihak yang tidak mahu convene ini di adakan sudah joke melakukan demonstrasi besar-besaran di Pulau Pinang dua hari yang lepas. Api mahu dilawan dengan api. Segala-galanya ini membayangkan betapa kecilnya jiwa pemimpin yang kononnya akan membawa perubahan dan transformasi yang besar kepada politik dan ekonomi negara.

Pemimpin kita tidak ada rasa segan dan silu untuk berucap berapi-api sedangkan mereka yang berucap berapi-api itu sendiri tahu yang apa yang mereka ucapkan itu hanyalah retorik kosong yang diulang berkali-kali yang tidak aka! n membaw a apa-apa kejayaa! n.

Kita hanya duduk ditepi melihat gelagat dan sikap pemimpin-pemimpin yang hanya memaparkan disposition mereka saling tidak tumpah seperti pelakon filem Bollywood semata-mata.

Hishammuddin Hussein bertindak mengharamkan BERSIH. Belum joke musuh menghampiri keris sudah keluarkan. Orang tua-tua dahulu ada berkata, anak muda yang julung berkeris, batang pisang joke di sanggahnya.

Maka terguran Kebawah Duli Tuanku YDPA merupakan face saving device bagi Najib dan barisan pimpinannya. Najib sekarang dapat mencari jalan untuk berunding dengan teguran diRaja itu. Untuk beliau memanggil kembali pihak BERSIH untuk berunding sudah tidak boleh lagi kerana sebelumnya pihak yang berkuasa termasuk Polis telah dengan angkuhnya menyatakan yang rundingan telah ditutup.

Keadaan ini merupakan satu hikmah yang membuktikan Institusi Raja itu terlalu penting kepada rakyat. Kepada anak-anak muda, fahamilah, jangan mencaci Institusi tempat kita berlindung seperti apa yang dilakukan oleh parti UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Suara-suara yang berlindung di sebalik Raja sekarang ini cukup untuk membuktikan yang negara berbagai kaum ini amat memerlukan Institusi ini. Semasa berkrisis dengan Raja-Raja dahulu (1993) pemimpin-pemimpin UMNO telah membelasah Raja-Raja Melayu tanpa sempadan.

Jangan semasa terdesak Raja-Raja itu baik, tetapi apabila sudah kuat Institusi ini ditempeling seolah-olah Raja Melayu ini lebih tinggi darjatnya dari pemimpin-pemimpin kita. Sejarah telah memberikan pelajaran kepada kita. Yang garang-garang dengan Raja Melayu dahulu sekarang berlindung di sebalik Raja.

Jangan pula koyak ketayap di kepala kerana lonjak dan kesombongan kita sendiri. aspanaliasnet.blogspot.com


Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz


No comments: