PANASNYA! FAKTA HUDUD PAS YANG TERLAMPAU BELITNYA!

PAS mengatakan UMNO murtad..kerana tidak melaksanakan hukum hudud..Apabila PAS ditanya...kenapa tidak menjalankan hudud di negeri yang diperintah pembangkang..PAS..memberikan alasan..perlembagaan persekutuan menghalang pelaksanaannya..dan seterusnya mengkafirkan UMNO.

Namun, PAS terlupa...apa yang berlaku dalam satu wacana yang melibatkan orang yang bertanggungjawap merangka Enekmen Jenayah dan Syariah Kelantan 1993 dan Timbalan Menteri Besar PAS.

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad , "Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya semasa menjadi ahli row Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di ! akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.

PERSOALANNYA...APAKAH PAS MURTAD..KERANA TIDAK BERANI MENGGAZETKAN ENEKMEN JENAYAH DAN SYARIAH KELANTAN 1993 YANG DILULUSKAN DI DUN KELANTAN DAN TELAH DITANDATANGANI OLEH DYMM SULTAN KELANTAN.....

ak tanya ja err,,,ak tak tuduh..macam PAS tuduh UMNO...jadi..jangan marah ak err...ki ki ki

Sumber: Facebuku

Sent by Maxis from my BlackBerry smartphone


No comments: